Klik kalau nak tahu selanjutnya

Resepi Kari Ayam Masterchef Australia

Hari tu kite buat kari ayam resepi Masterchef yang Gary buat. Siyesli masa master class , nampak sedap sangat! Dan terbukti memang sedap kari ni. Diorang makan dengan apam. Kite makan dengan nasi. Sedap hangat makan dengan kubis goreng dan sambal belacan!

 Resepi Kari Ayam Masterchef Australia

Ingredients














Tempered spices:


Method:


1.      For the curry, heat oil in a large, deep frying pan over medium-high heat. Cook chicken for about 5 minutes until lightly golden. Remove and set aside. Add onions and cook for about 6 minutes or until golden, scraping the base of the pan with a wooden spoon. Transfer onions to a small food processor and blend to a paste. Set aside.
2.      Reduce heat to medium. Add garlic and ginger, and stir-fry for about 20 seconds before adding tomatoes, stirring well to combine. Cook for 2 minutes, then add turmeric, and chilli powder, and stir to combine.
3.      Meanwhile, pound cardamom, cloves, coriander and cumin seeds in a mortar and pestle until ground, then add to pan, cook for 5-6 minutes, stirring regularly. Add onion paste and yoghurt, and stir well to combine.
4.      Add chicken pieces to pan with about 250ml (1 cup) of water, or more to taste. Cover with a lid, and cook for 30-35 minutes or until the chicken is cooked through and tender, adding more water if necessary, throughout cooking.

AIR MINERAL UNTUK AWET MUDA

Petikan dari Dr Zubaidi Ahmad punya post dalam facebook :



Seorang wanita mengamalkan minum air mineral 3L sehari untuk merawat masalah migraine dan penghadaman, mendapat manfaat lain, apabila kulit mukanya kelihatan lebih muda dari sebelumnya.

Minum air yang secukupnya ibarat menyiram pokok, jangan kurang dan jangan lebih ...

TETAPI

According to the U.S. Food and Drug Administration:
"mineral water is any natural water that contains at least 250 parts per million of total dissolved solids (TDS). It must be verified through a lab test whereby a litre of water, evaporated at 180 degrees C, should leave a residue of minerals and salts.
Up to 249 mg/liter it is classified as 'Spring Water'.
From 250 to 500 mg/liter, it is considered 'Low Mineral Content' or Light Mineral Water and,
Above 500 mg/liter, normal or High Mineral Content.
This mineral water must be from a geologically and physically protected underground water source. It can either be flat or sparkling. No minerals may be added to this water"
So kita kena tengok pada botol berapa mg/liter mineral yang ada.

Review: Tudung Aidijuma yang best

Sekarang ni terikut-ikut dengan Tudung Bawal Aidijuma, Sape tak kenal kak Juma yang comel lotte tu kan? Ish ish, berkenan nau mokcik tengok. Hehe.. Sape kate takde beza dengan tudung bawal kat pasar malam dengan tudung bawal aidijuma? Tengok harga laa.. Kain pun beza, kaler pun beza., walaupun corak hampir sama. Terai la kalau tak caya.

Until now, dah ada 4 helai tudung bawal Aidijuma ni. Corak macam kat bawah ni ha: 


Stok stok yang macam terliur nak beli next time:

 Tak nyesal hokeh kalau beli Tudung Bawal Aidijuma ni. Nanti sama comel macam Kak Juma. ERKkkk

Kalau susah nak jumpa distributor tudung bawal aidijuma ni, boleh beli online kat website : http://www.aidijuma.com/ 

dan info terbaru updated di : 
https://www.facebook.com/Aidijuma

Tutorial tudung bawal tutup dada by Zoey Zauyah

Rahsia kecantikan Datin Norjuma

Susulan dari kegilaan tudung bawal Aidijuma dalam post sebelum ni, kite terjumpa pulak video pendedahan Datin Norjuma tentang tips kecantikan beliau. Moh sama-sama pahamkan dan amalkan . Wink* Wink*


Isi penting yang Datin Norjuma cakap ni (macam buat karangan SPM dolu-dolu lerr pulak) :

1. Sentiasa mengamalkan Vitamin B complex
2. Air 2 liter sehari
3. Mak dia memang tekankan supplement untuk semua anak-anak dia dari kecil lagi
4. Makan jamu tertentu before period dan after period untuk peredaran darah yang baik (tak tahu la jamu cap ape Datin ambek sampai berkesan gitu)

Kalau lepas mengandung pulak:

1. Makan nasi dalam 2 minggu sekali, macam hari 1-13 tu makan protein je. Hari ke 14 , 15 dan 16 makan nasi. Lepas tu makan protein balik sampai la berat badan ideal. Baru hantam nak makan kepala gajah sekalipun.

2. Minum air ulam pegaga

Ternampak lak dalam vid ni beliau pakai SK II. Jeles i taw!! Bila la nak ada bajet beli SK II yang gedabak tu. Trial pack dah dekat RM 300. Huhu T_T

Maka terbuktila kat sini pengamalan Vitamin B complex sangat bagus untuk kecantikan!! Jom bersama amalkan dan bagi sesiapa yang belum ada lagi, meh dapatkan dari saya. Hihi

 
Saya pun nak cantik, korang pun nak cantik, kita cantik sama-sama okay?

Boleh hubungi saya, saya Ain Abdullah, no ID: 1073726. Saya menawarkan FREE CONSULTATION untuk bantu kawan-kawan sekalian (ayat sekma lak kan) Kui kui
Boleh :


ATAU  

pm/SMS/WhatsApp/Viber/Line/WeChat saya di no 019-6946636


P/S: Kalau korang ase-ase tak cukup bajet, bagitau la kite, ada cara kita boleh tolong korang nak cantik macam Datin Norjuma jugak. Hehe

Rahsia kecantikan Ayu Raudhah

Saper yang tak kenal dengan Ayu Raudhah angkat tangan? Sungguh ayu dan cantik semulajadi! Sama la dengan kakaknye Che Ta tu. Walaupun dah berumur, tapi masih kekal cantik dan kulit gebu! Cer compare muka kite dengan muka dia. Agak-agak jauh beza tak? Tapi dik, kalo ko umur 18thn compare dengan dia tak acilah dik. Hik hik

Meh kite nak kongsikan sikit cara Ayu Raudhah menjaga kecantikan beliau.



Yang dimaksudkan oleh Ayu Raudhah, Sirap Shaklee tu ialah Vivix. Yang ni haaa :



Patutla Ayu Raudhah ni cantik kan? Kulit anjal, awet muda siap! Okey-okey, bagi sesiapa yang risau tak dapat nak jadi cantik macam Ayu Raudhah ni, boleh dapatkan Vivix ni dari Pengedar sah Produk kesihatan Dan kecantikan Shaklee . iaitu saya. Sebab saya pun nak cantik, korang pun nak cantik, kita cantik sama-sama okay?

Boleh hubungi saya, saya Ain Abdullah, no ID: 1073726. Saya menawarkan FREE CONSULTATION untuk bantu kawan-kawan sekalian.
Boleh :


ATAU  

pm/SMS/WhatsApp/Viber/Line/WeChat saya di no 019-6946636

p/s: VIVIX ni ada promo utk bulan NOVEMBER 2013 sahaja. BUY 6 FREEE 1! 

Lengkapkan diri anda ke toilet

Kalau u olls suka travel atau jalan-jalan mana-mana yang pastinya korang perlu ke tandas awam, maka perlulah melengkapkan diri dengan sedikit barangan keperluan asas ke toilet. Mahupun ke shopping complex yang canggih manggih giteww, tetap perlu ada barang-barang ini dalam beg tangan.

Bukan apa, kalau kite kan, rasa tak berapa selesa la kalau toilet duduk, pastu air pulak yang pakai spray direct ke bont*t tu kan. Tajam je rasa. Pastu salah pusing sikit, memancut kena baju. Stress i olls taw.

Jom lihat barang keperluan anda ke toilet:

1. Guardian Flushable Feminine Wipes 3x10s


 Guardian Flushable Feminine Wipes is made of biodegradable material which is moistened with aloe vera and chamomile extract. It is alcohol and paraben free with pH balanced, suitable for cleansing intimate area. Resealable pack for convenience.

Harga: RM 7.90

Sebab ramai sangat la yang kurang prihatin pegi flush tisu biasa yang at last menyebabkan tandas tersumbat, maka baiklah korang pegi beli wipes yang memang ternyata boleh flush ni. Sian kat mokcik pokcik jaga tandas tu. Ada keje nak pi korek tisu yang korang flush kat dalam toilet bowl? Ewwwww!

2. Tisu biasa
3. Hand Sanitizer



Bagi yang sentiasa menjaga kebersihan dan peka dengan jangkitan kuman, u olls boleh letak satu yang botol kecik tu dalam handbag. Sangat berguna okey! Hehe. Kadang-kadang tergeli bile masuk toilet duduk tu, korang spread la dua tiga titik lepas tu sembur dengan air. Tak pun kalau jenis penggeli lagi, lap la korang dengan tisu. Mudah kan? Kadang-kadang rasa macam makcik cleaner pun hado.

Harga: RM 3.90 ke bawah (depends on brand)

Tetapi, bak kata Curtis from FDA (If x silap la kan) :

Curtis agrees. "Hand gel is desirable, but it's not absolutely essential," she says. In many ways, it might be compared to bottled water – preferable, perhaps, in a world of consumer choice and convenience, but in a country where infection and disease is small compared with developing nations, far from vital. "We live in a world where we have much fewer risks and so we start to worry about smaller risks," Curtis explains. "But we can just use normal soap and water from the tap."

So, kat luar toilet still kena basuh tangan dengan sabun! Kalau rajin nak bawak sabun dalam bag, lantak korang lah. It's better then.

Cara mengurangkan pedih ulu hati (GERD)


Pernah tak kekadang bila korang skip lunch or bekpes, korang rasa macam sebu je perut, lepas tu sakit kat bawah dada, menyucuk dan tak tahu nak duduk posisi camana. Paling teruk rasa loya dan muntah. Haaa, tanda-tanda tu ialah GERD = GASTROESOPHAEGAL REFLUX DISEASE. Orang kampung panggil pedih ulu hati or medu (kampung aku la tu).

Tanda macam ni ialah tanda awal yang berkemungkinan korang akan kena GASTRIK kalau tak dikawal pemakanan. Cik cik puan sekalian, walaupun terlalu busy atau nak diet skali pun, skip menu utama totally tu bukan cara yang betul! It's a BIG NO NO.



Meh nak ceta dalam bahasa kampung. Mokcik mokcik yang selalu skip kelas sains dulu-dulu mungkin tak faham kalau guna bahasa saintifik. Pedih ulu hati ni terjadi kalau bila korang tak makan, asid dalam perut (jus gaster) flowback ke dalam area saluran makanan atas (esofagus). Bila kerap sangat terjadi, dinding saluran makanan (esofagus) tadi tu akan terhakis. Tu yang jadi pedih. Tapi bab angin-angin tu aku tak tahu. Maybe sebab bila perut kosong, perut tersebut diisi oleh angin. Haaa, mula la sendawa dan nak muntah. 

Excuse me, if ada medical doctor yang baca dan penjelasan aku tak etul, boleh tolong betulkan kat komen bawah ye.

Antara makanan yang boleh sebabkan penyakit pedih ulu hati ni ialah:

1. Kekacang
2. Makanan berminyak
3. Susu
4. Kopi
5. Buah-buah sitrus (limau dll)

Cara nak mengurangkan pedih ulu hati serta merta ni memang la susah kalau kat rumah korang tu takde antacid (ala, macam GAVISCON) iklan kat TV tu. Memang teruslah korang ke klinik untuk mintak ubat atau ke farmasi untuk beli GAVISCON.

Cara mengurangkan pedih ulu hati secara semula jadi ni pun tak pasti jadi ke tak. Ada orang kata:

1. Telan halia
2. Cuka epal
3. Madu
4. Soda bikarbonat

Dan apa apa je yang korang fikir ianya beralkali. Tapi yang penting, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. 

Resepi biskut semperit yang sedap dan cair di mulut

Baru je buat semalam ni haaa biskut semperit yang sedap dan cair di mulut... sodap weh. Memang cair di mulut tapi at the same time rasa krup krapnya. Gambar belum masukkan lagi, sebab kamera dah termasuk dalam beg balik kampung. Jangan tak tahu diri ini sudah tak sabar nak ber hoyeaaahh di kampung.

Resepi biskut semperit

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 250g butter = 1 buku
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji telur kuning
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ceri merah untuk hiasan
Cara menyediakan:
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati juga.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 160°C selama 18-20 minit atau sehingga masak 

Tips buat biskut semperit:

1. Kalau tak mahu biskut jadi kembang macam bunga kembang setaman tu, tak payah rajinkan diri nak pukul pakai mesin sampai kembang semangkuk warna putih. Cukup menahan diri untuk pukul pakai tangan sekadar sebati gula dan mentega.

2. Resepi ni maybe nampak keras tapi sedap dan cair dimulut je biskutnya.
3. Kalau dulang pembakar tu jenis melekat biskut, boleh alaskan dengan baking paper yang warna putih.

Resepi sambal belacan goreng gerenti sedap

Hubby sangat suka makan sambal belacan goreng. Disebabkan semalam beli gulai kambing dengan gulai terung dengan sambal paru dalam acara menambah layer dagu yang sudah berlapis 3 di bulan Ramadan ni, maka bagi menyedapkan lagi selera supaya bertambah, terpaksalah buat sambal belacan goreng bagi memenuhi permintaan si dia. Resepi sambal belacan goreng ni gerenti sedap!

Ni resepi untuk 2 orang makan. Nak makan lebih, ganda je la sukatan okey? Ini bukan versi sambal nasi ayam penyet yang ada bawang or sambal belacan goreng stail jawa sebab diorang punya ada letak bawang merah dan bawang putih.

Resepi sambal belacan goreng

Bahan-bahan:

Cili padi (4 biji) - cili yang pedas giler tu
Belacan (dalam 2 inci) - kalau tak reti bajet, letak belacan tu agak-agak tak nampak kaler merah hijau cili
Secubit garam
Secubit gula - cubitan gula ni lebih sikit dari garam, bagi balance kepedasan
Tomato (1/4 hirisan)
Secubit asam jawa
Hirisan limau nipis

Cara-cara:

1. Tumbuk kesemua skali bahan di atas kecuali limau nipis. Tak yah ler lumat sangat, karang tak berasa pulak rencahnye.
2. Goreng bahan tumbuk tadi sampai naik bau dan agak kecoklatan garing.
3. Angkat. Perah limau nipis. Hidang

Review: The Pop Look Perry Pants

Hye hye bye bye! Semenjak seluar hitam menjadi pudar dek kekangan hujan panas bawak pergi kerja tiap hari, maka terpaksalah daku mencari seluar ganti. Maka .... (maka lagi, gemar sangat guna perkataan maka) Marker (ubah stail ejaan je padahal) disebabkan hobi aku ni meng GOOGLE maka terserempaklah dengan The Pop Look Perry Pants


Review: 

Material sangat selesa di pakai, sejuk je. Style kembang cenggini of coz tak melekat kat peha cam kain lycra tu. Geli eh lekat lekat ni.  tak suka sexy mexy youu... Maybe sebab ada pleated jugak yang sebabkan ia tak melekat. However, sebab saya pendek kecik comells maka musti kependekan kekecikan lagi terserlah bila pakai seluar ala palazzo ni. Solution, pakai dengan hell heels baru tampak cun bergaya wahwah gitu. Lagi satu, seluar ni walaupun simple, tapi tampak bergaya macam retis barat yang ala-ala up to date. Tak caye?



Maria Fowler in Palazzo Pants

Kourtney Kardashians in Palazzo pants.
Waahh, sebijik cam Perry Pants taw! Nanti kalau terserempak aku kat tepi jalan, mesti korang takkan tegur sebab ingatkan aku ni Kourtney Kardashians pakai tudung. Muahahaha

Rating: 4.8/5.0
Harga: RM 69 + RM 7 postage = RM 76
Will buy again? Definitely!

Sebarkan semangat Ramadan bersama Coke

Di suatu tengahari ramadan yang sangat panas terik itu, me and hubby nonton tv. Tup tup keluar iklan Coke yang ada gelas berisi ais, bila tuang ada bunyi pssssssssssssssss . Tekak kitorang ni telan air liur laju-laju. Mak aih, dengan angle gambar ais, dengan bunyi ais, tuang dalam gelas bunyi psssssss,ada buih-buih terus psiko. Psiko sebab tengahari nan panas dan tetengah mid day pose. Nafsu menge COKE terus ada.

Hubby:  Sedapnya nampak air Coke ni..
Me: (Dalam hati, jap gi mesti dia ajak beli coke buat buka)
Hubby lagi: Petang ni jom minum Coke?
Me: Dah agak dah.. hebat tol Coke buat iklan, details dia tu memang la buat orang terliur ketak ketak

Haa.nampak tak. Nampak tak semangat ramadan bersama coke telah tersebar?

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang semangat ramadan bersama coke, boleh la klik iklan COKE kat atas blog ni
Barulah meriah ramadan gitu.

Jus anggur resepi kecantikan

Dale peti kito ado buoh anggur dok abih lagi. Bebulan puasa ni rasa macam tak larat bebenor nak memetik sebijik anggur di dalam peti ais sekadar sesuap nasi. Daripada dibiarkan memburuk begitu sahaja, baiklah kita menukar kepada menu yang wajibun di ambik semasa berbuka puasa. Jus anggur namanya. Jangan terjekut 



Ramai yang dah tahu anggur ni banyak baguih untuk anti penuaan. Makanya, muka ku yang hampir retak seribu akibat kedutan yang menguasai perlulah dicantumkan kembali oleh collagen dan anti oksidan yang ada dalam anggur ini.

Senarai antioksida yang ada dalam anggur:

1. RESVERATROL
2. PICEATANNOL
3. PTEROSTILBENE
4. CATECHINS
5. EPICATECHINS
6. PROCYANIDINS
7. PROANTHOCYANIDINS
8. VINIFERONES
9. BETA-CAROTENE
10. LUTEIN
11. ZEAXANTHIN
12. CAFFEIC ACID
13. COUMARIC ACID
14. FERULIC ACID
15. GALLIC ACID
16. KAEMPFEROL
17. MYRICETIN
18. ISORHAMNETIN
19. MELATONIN

Hamek kau. 19 in 1.Lain kali tak payah beli 3 in 1 lagi. Moh memudakan diri sendiri menggunakan jus anggur. Sekali kau makan taklah esok muda terus. Itu dah bak nenek kebayan berubah menjadi puteri gunung ledang.


Resepi Jus anggur:

Black Grapes - 2 cups
Lemon juice - from 1/2 a lemon
Sugar - 1/4 cup (adjust accordingly)
Water - as needed
Icecubes - 10 to 12

1. Blend anggur tersebut sahaja. Jangan di blend skali tangkai yang ada. Kalau anda rasa lebih muda lepas minum tangkai anggur, tinggal komen kat bawah

2. Tapiskan serdak-serdak anggur. Nak minum yang berserdak lagi bagus. Tambah awet muda.

3.Perah lemon dan masukkan gula dan ais. Ejas secukup rasa

Tips berseri di hari raya

Alangkah seronoknya kalau kite tampak berseri di hari raya. Dari jauh nampak *ting shiny suci putih bersih.
Ahaaa, kalau nak nampak berseri, nampak gayanya kenalah start dari sekarang!

1. Amalan selepas Isyak

Haa, balik dari terawih tu, cecepat ambik air masak segelas. Karang dah lepak depan tv atau kat sofa empuk tu, terus hilang kat dunia nyata dah. Masuk alam mimpi sampai esok pagi. Ni antara cara yang paling senang, sebab Surah Al Waqiah tu kan sokmo dah kita baca, so mesti la ingat kan?

Cara:
Dilakukan selepas solat Isyak

·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
Surah al-waqiah ayat 35 -38
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
 
2. Facemask
 
 Yang ni baru buat malam tadi, tempek kat muka. Oatmeal madu delima mask. Hey jimat taw dari beli kat kedai. Dah la tetengah bulan ni, bajet untuk sopim raya lagi, hado ko bajet untuk muka? Mesti dah lari kan ? Jadi ada baiknya kita berjimat dan buat masker sendiri kat rumah. Natural beauty kaw!

Ada lagi beberapa jenis mask yang kita boleh terai. View sini ye :

15 Herbal Beauty Tips For Glowing Skin

3. Mandian 
 
Eeh, kan ker bulan pose ni. Mane boleh berendam lelama macam badak air. Hmm, apa kata buat after buka pose? Takbleh jugak, sebab perut tengah sarat mengandungkan makanan...
 
Anyway, sesiapa yang ada perfect timing yang nak amalkan herbal bath ni, boleh singgah ke sini:
 
 
Hebat lah dia ada banyak resipi untuk mandian, bukan takat mandi bunga dan mandi susu, semua jenis mandi ada. Kuih puteri mandi takde okeh. Harap maaf 


4. Ketenangan jiwa


Muka orang yang kusut jiwa kacau sangatlah berbeza dengan yang tenang dan bahagia. Maka kita perlulah mendekatkan diri dengan pencipta yang Maha Esa


Tahajjud, Sedekah, Senyum, Solat Dhuha, Istighfar, Selawat, Zikir, Membaca Al Quran, Wuduk


Dan tak kurang pentingnya ialah DOA!!


Tak salah kan kalau kita doa, Ya Allah, sempurnakanlah diriku dan tingkatkanlah imanku, serikanlah wajahku untuk suamiku dll. Yang penting istiqamah dan sentiasa percaya pada pencipta kita.



Review produk : Sunsilk CnF

Eh eh Nuffnang ada bagi BE Sunsilk CnF kat cheq la.. Cam tetaw je aku guna Sunsilk CnF ni kan. Ehem. 


Kalau sapa ada beli Majalah NUR bulan ni, kat page belakang dapat free sample Sunsilk CnF. Haaa, suke benda free kan? kan? Eh tanak mengaku pulak tetiba. Bulan pose ni, tak baik tipu. Dosa. 

Review:  
Saya guna ni lepas pakai Almond Oil for Hair.


Likes:
1. Rasa kesegaran aka fresh lepas guna Sunsilk CnF ni. Kepala rasa ringan je, rambut pun  lembut.
2.Bau citrus yang menyegarkan!

Berita baik untuk Hijabista yang berwajah cantek dan komersial gitu serta konfiden yang amat. Peluang nak jadi Peragawati Hijabi dah ada depan mata dengan Sunsilk CnF!



Dan boleh juga tonton Program Hijabista bersama sunsilk kat Astro 104!
For more info, boleh klik iklan Sunsilk kat atas atau LIKE FB: https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia

Resepi sahur mudah : Roti telur bersusu (Roti celup telur bersusu)

Bab sahur ni, memang la payah nak cakap. Kalau tak sahur, lapar terus sepanjang hari. Nak celik mata bangun sahur, punya lah macam atas kelopak mata tu ada batu bertan-tan. Tak terangkat kottt!!

Nak bangun dan masak? Aiihh.Tu lagi berat. Kecuali anda seorang yang memang kena makan menu berat or ada tanggungjawab pada suami dan anak-anak =)

Apapun, kalau dah tinggal 15-30 minit waktu sahur, terpaksalah buat sahur ala kadar tapi sedap.


ROTI TELUR

Bahan-bahan:

2 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis (boleh kurangkan jika tak suka manis)
8 slice Roti putih (potong tengah)
1 sudu besar mentega/butter

Psttt:- boleh adjust sukatan, sebab telur ayam awak dengan telur ayam saya tak sama besar

Cara-cara:

1. Mix kan semua bahan tadi (kecuali roti) kedalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
2. Panaskan frying pan dan masukkan sedikit mentega
3. Celup roti dalam bancuhan telur-susu dan goreng sampai kekuningan.

Note: Rasa lemak manis susu akan di balance kan oleh lemak masin mentega. So, inilah resepi sahur yang cepat, mudah dan sedap!





Resepi berbuka: Terung Balado

Lepas dah beberapa kali pekena terung balado kat Wong Solo, rasa teringin plulak nak buat sendiri. Bukan ke susah payah nak merentasi 2 negeri semata-mata nak berbuka kat Wong Solo? So, setelah digodek-godek resepi dari Indonesia dan combine dengan rasa terung balado yang masih segar dalam ingatan - Ceewaahhhh jiwang gitu-  haruslah ujian ciptarasa dilakukan dan hasilnyaaaaa....... SEDAP CHEF MICHAEL! Meh saya tunjukkan teknik hebat saya itu:



Resepi: Terung Balado

Bahan-bahan ( 1-2 orang )
  • 1 Terung panjang (potong dan goreng sehingga kuning kecoklatan)
  • 1-2 helai Daun salam
  • 1-2 helai daun limau purut
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam, gula, kicap manis
 Blend/tumbuk:

4 ulas bawang merah (saya guna yang jenis besar, so 'bumbu' nya banyak skali dong!)
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah besar
2 tangkai cili padi (jika suka pedas)
1 sudu cili kisar (cili boh) - jika suka
1/2  buah tomato merah
1/4 sdt belacan bakar
2 biji buah keras

Cara-cara
  1. Tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan. 
  2. Masukkan daun salam dan daun limau purut (koyakkan atau hiriskan dulu). Perasakan garam dan gula (boleh tambah sedikit kicap manis).
  3. Masukkan terung dan kacau hingga sekata.Angkat dan hidangkan.
  4. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung.

Resepi sahur mudah: Ayam Tandoori

Mudahnye kedengaran sahur dengan ayam tandoori. Haaa, tu la yang ramai tak tahu betapa senangnya nak buat ayam tandoori ni. Dan dan buat untuk sahur, mudah la sangat. Tak perlulah nak ke mamak pepagi buta sempena nak menikmati Ayam Tandoori itu.

Jom ikuti tutorial resepi sahur mudah ayam tandoori ni:

 1. Lepas cuci bersih ayam, masukkan ayam dalam plastik perapan (compatible untuk bahan makanan) dan masukkan rempah ayam tandoori

 2. Gaulkan sampai rata. Simpan dalam peti ais

3. Pagi sok bangun sahur, masukkan dalam oven agak-agak suhu 30 minit 250 c, atau boleh goreng (deep fried). 

Tadaaaa!!! Dah siap! Mudah kan? Rempah ni sedap tau. Kalau nak order, boleh sms ke 019-6946636. Nanti saya akan poskan.

The glowing green smoothie


Sekarang ni semua orang sebok buat the glowing green smoothie. Khasiatnya memang bagus, especially untuk detox secara natural. Here's the recipe:
Ingredients:
2 cup of water
½ head organic spinach
1 head organic romaine
Just of ½ organic lemon
3 or 4 sticks of organic celery
1 organic banana
1 organic pear
1 organic apple 

Paperhal pun,  haruslah beristiqomah kalau nak cantik. Boleh ke website Kimberly Synder ni kalau nak dibantu dengan lebih lanjut.

Cara-cara nak makan di sushi king



Semalam me and hubby menjakunkan diri kat Sushi King. Ntah tibe-tibe tekak rasa nak makan kat tempat yang kitorang lom penah try. Hamek kaw, jakun giler. Memula dok tercongok kat depan menu stand tu, agak-agak nanti ada la waiter jemput masuk kann.. oke encik, brapa orang? Meja sana ye..

Memang takde waiter yang datang, kata-kata aluan pun takde. Okeh, kitorang redah je la. Baru dengar kata-kata aluan dalam bahasa jepun. Aku tak paham apa yang diorang cakap tu. Pastu cam, eh, camane nak start amek sushi ni, nak panggil waiter ke? Oh NO!!!

Teros GOOGLE. Semua benda nak google. Terus taip " cara nak makan sushi di sushi king "

Oh takde yang bagi details terperinci. Paling ada pun kat belog emilia. Camane orang zaman batu yang tak penah makan ni nak ngap sushi kalau takde dalam google? Haiihh. Masalah dunia ni.

 Camane ni B ? Hmmm.. redah je lah. Angkat tangan panggil waiter (Padahal, tekan buzzer kat tepi tu yang tulis CALL =p) . Haa, nampak sangat jakun yang pertama kan? Waiter pun datang. "Okay, saya nak order air ice lemonade, ice blackcurrant lemon." Pastu nak makan yang ni (tangan tunjuk kat menu) sebab tak reti sebut.

Okeh, selamat dah.

"B, camane nak amek sushi yang gerak-gerak atas ni? "

" Hmmm, ntahh. (gelak-gelak) "

" Oke, tengok orang lain dulu "

Jiran sebelah amek jer kat atas conveyor  begerak tuh. Pastu ada signage sila letak balik tutup pinggan atas ni kalau tak nanti susah nak kemas.

Ooo, senang je. Amek je lah yang mana aku rasa agak-agak cute dan cantik. Pastu baru la ada belog yang review cakap harga beza ikut kaler pinggan. Cesss. Aku dah terambik yang mahal sebab tergoda dengan kekiutan sushi tu. RM 4.







At the end, we olls makan 4 pinggan sushi, satu main course, 2 air. Bill? Mak aih, boleh tahan. RM 40.72. Bankrup la kalo hari-hari makan kat Sushi King T_T



Kesimpulan:

Cara-cara nak makan di sushi king

1. Pas dapat tempat duduk, tekan je buzzer call untuk order, tu pun kalau nak order dari buku menu.
2. Kalau nak makan sushi yang bergerak, sila rembat je pinggan kecik yang bergerak tu, tapi kalau ko nak makan bajet-bajet, tengoklah dulu guide harga ikut kaler pinggan.Tapi biasanya makin mahal, makin sedap. Ada kicap jugak kat meja tu kalau nak cicah bagi rasa masin sikit.

Biru:  RM 2
Beige: RM 3
Pink RM 4
Red RM 5
Purple RM 6

3. Letak balik penutup pinggan atas tempat yang disediakan atas conveyer tu. Pinggan tu susun la lek lok ikut kaler.Senang nk kira.hihi
4. Pas siap makan, tekan buzzer untuk bill. Nanti waiter akan kirakan harga dan bagi bil.
5. Bayar kat kaunter depan.

(kalo nak murah, order je japanese tea.jimat)

 Arigato Gozaimashita!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails