Tadi aku buat kuey teow goreng.Ada pulak lebihan tauhu.FYI,tauhu ni bukan boleh simpan lama sangat,nanti masam.Cek punya cek,ada la kentang,ikan bilis dan kacang.So
sy try la buat resepi ni first time.Saya cedok resepi kat Cik Tom ,tapi ubah suai sikit
Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang
Segenggam ikan bilis kering (yang sudah dibersihkan)
1 keping Tauhu
2 keping Tempe
1/2 cawan kacang tanah kacang tanah (sukati nak buang kulit or tak)
3 labu bawang merah + 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 sudu besar cili boh
1/2 sudu kecil garam (kalau guna ikan bilis masin,tak payah letak pun takpe)
1/2 sudu kecil gula (kalau tak cukup,pepandai adjust yea!)
Asam Jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
*Kalau nak kering,tumbuk je bawang.Jangan blend.
Bahan-bahan kering yang digoreng;
Kentang
(dihiris nipis, rendam didalam air yang dicampur 1 sudu teh garam.
Rendam selama 15 minit, dan gorengkan sehingga warna kekuningan)
Ikan Bilis (digoreng garing)
Kacang Tanah (digoreng garing)
Tauhu (digoreng garing)
Tempe (digoreng garing)
Cara-cara:
1.
Goreng bahan-bahan kering untuk digoreng (kentang, ikan bilis dan
kacang) berasingan sehingga betul-betul garing supaya bila dicampurkan
dengan sambal ia akan rangup dan tidak lembik.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau.
3.
Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar
kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya
baunya tidak maung.
4. Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa.
5. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap.
6.
Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan kentang yang telah
digoreng garing ke dalam kuali. Perlahankan api dan gaul rata biar
sambal betul-betul kering barulah boleh diangkat. (jangan terlalu lama
bagi mengelakkan ikan bilis menjadi liat)
**Sambal
tu, kalau dimasak betul2 kering, boleh disimpan sehingga 1-2
minggu.Erm,tapi kalau campo tempe dan tauhu,tak tahu boleh simpan lama
ke tak...Ada sape-sape tau?
nyummy sedap! :))
ReplyDeleteyupp! memang sedap.Orang jawa memang pandai masak smbal ni.makan ngan nasi panas.adoyaii..kecur
ReplyDeletebaru try buat guna resepi awk.. sedap :)
ReplyDeleteterima kasih