Klik kalau nak tahu selanjutnya

Resepi biskut semperit yang sedap dan cair di mulut

Baru je buat semalam ni haaa biskut semperit yang sedap dan cair di mulut... sodap weh. Memang cair di mulut tapi at the same time rasa krup krapnya. Gambar belum masukkan lagi, sebab kamera dah termasuk dalam beg balik kampung. Jangan tak tahu diri ini sudah tak sabar nak ber hoyeaaahh di kampung.

Resepi biskut semperit

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 250g butter = 1 buku
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji telur kuning
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Ceri merah untuk hiasan
Cara menyediakan:
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati juga.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 160°C selama 18-20 minit atau sehingga masak 

Tips buat biskut semperit:

1. Kalau tak mahu biskut jadi kembang macam bunga kembang setaman tu, tak payah rajinkan diri nak pukul pakai mesin sampai kembang semangkuk warna putih. Cukup menahan diri untuk pukul pakai tangan sekadar sebati gula dan mentega.

2. Resepi ni maybe nampak keras tapi sedap dan cair dimulut je biskutnya.
3. Kalau dulang pembakar tu jenis melekat biskut, boleh alaskan dengan baking paper yang warna putih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails