Klik kalau nak tahu selanjutnya

Tips berseri di hari raya

Alangkah seronoknya kalau kite tampak berseri di hari raya. Dari jauh nampak *ting shiny suci putih bersih.
Ahaaa, kalau nak nampak berseri, nampak gayanya kenalah start dari sekarang!

1. Amalan selepas Isyak

Haa, balik dari terawih tu, cecepat ambik air masak segelas. Karang dah lepak depan tv atau kat sofa empuk tu, terus hilang kat dunia nyata dah. Masuk alam mimpi sampai esok pagi. Ni antara cara yang paling senang, sebab Surah Al Waqiah tu kan sokmo dah kita baca, so mesti la ingat kan?

Cara:
Dilakukan selepas solat Isyak

·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
Surah al-waqiah ayat 35 -38
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
 
2. Facemask
 
 Yang ni baru buat malam tadi, tempek kat muka. Oatmeal madu delima mask. Hey jimat taw dari beli kat kedai. Dah la tetengah bulan ni, bajet untuk sopim raya lagi, hado ko bajet untuk muka? Mesti dah lari kan ? Jadi ada baiknya kita berjimat dan buat masker sendiri kat rumah. Natural beauty kaw!

Ada lagi beberapa jenis mask yang kita boleh terai. View sini ye :

15 Herbal Beauty Tips For Glowing Skin

3. Mandian 
 
Eeh, kan ker bulan pose ni. Mane boleh berendam lelama macam badak air. Hmm, apa kata buat after buka pose? Takbleh jugak, sebab perut tengah sarat mengandungkan makanan...
 
Anyway, sesiapa yang ada perfect timing yang nak amalkan herbal bath ni, boleh singgah ke sini:
 
 
Hebat lah dia ada banyak resipi untuk mandian, bukan takat mandi bunga dan mandi susu, semua jenis mandi ada. Kuih puteri mandi takde okeh. Harap maaf 


4. Ketenangan jiwa


Muka orang yang kusut jiwa kacau sangatlah berbeza dengan yang tenang dan bahagia. Maka kita perlulah mendekatkan diri dengan pencipta yang Maha Esa


Tahajjud, Sedekah, Senyum, Solat Dhuha, Istighfar, Selawat, Zikir, Membaca Al Quran, Wuduk


Dan tak kurang pentingnya ialah DOA!!


Tak salah kan kalau kita doa, Ya Allah, sempurnakanlah diriku dan tingkatkanlah imanku, serikanlah wajahku untuk suamiku dll. Yang penting istiqamah dan sentiasa percaya pada pencipta kita.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails