Klik kalau nak tahu selanjutnya

Manfaat mandi bunga dan mandi daun

 Hari ini saya menulis sambil mengadap TV 3, nonton Wanita Hari Ini dengan tajuk yang best untuk perempuan sekalian,iaitu mandi bunga dan mandi daun.Erk,jangan salah faham.Mandi bunga yang diorang maksudkan ni bukan mandi bunga yang syirik atau kepercayaan yang bertentangan dengan islam ye (tkade jampi serapah apa-apa yea, bak kata artis Izreen Azminda) .Yang ini mandi bunga untuk menambah aura,seri wanita tersebut.Bukan sahaja wanita, laki-laki pun boleh =)

 image source : google

Khasiat mandi daun
  • Memulihkan tenaga ibu bersalin yang hilang
  • Membaik pulih rahim dan luka dalaman 
  • Lepas direbus,boleh minum,kerana menyerap dalam salur darah dll
  • Membanyakkan air susu
  • Menghilangkan kurap kayap,kecantikan kulit
Bila nak mandi?
Hari-hari mandi sampai abes pantang 44 hari

Daun apa nak guna?

(Daun segar baru petik,aroma keluar tu terasa kesegarannya)
  • Daun sireh
  • Daun lengkuas
  • Daun pandan wangi
  • kiraan ganjil 3 5 7 ubat
  • Daun jerangau gulai?? (erk, x faham daun apa,bunyinya lebih kurang itu la kott)
  • Daun belimbing buluh
  • Daun jambu batu
  • Daun pedulang?? (ni pun sama.. lebih kurang la bunyinya,kalau salah tolong betulkan ye)
  • Daun Seringan badan jadi ringan
  • Daun serai wangi
Cara buat mandian:
  1. Semua daun digabung dan ikat,lilit dengan daun serai sebab daun serai ni panjang
  2. Rebus 30 minit
  3. Boleh buat mandi auat minum

Mandi bunga
  • Sehari sebelum ijab kabul
  • Untuk kesegaran,buang toksin,bagi tenaga pada bakal pengantin
  • Bagi lelaki,sikit sahaja bilangan bunga
  • Curah air mula dari kaki,telapak kaki,untuk buang toksin dan naik ke atas,kepala last yea.So,keluar toksik dari kaki,tenaga naik ke kepala
  • Mandi di siang hari ye
  • Minum jasmine tea lepas mandi bunga,rendam jasmine sikit dalam tea tu

Hahaaa,itu je yang dapat telinga saya tangkap.Harap itu dah cukup untuk bagi info pasal mandi bunga dan mandi daun yea! Semoga diri lebih berseri lepas ni =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails