Klik kalau nak tahu selanjutnya

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan


* Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
* Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda


Contoh Menu 1200 kkal

Sarapan (7.00 - 7.30 pagi)

* 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
* 1 cawan susu rendah lemak

Makan Tengahari (12.30 - 1.00 tgh)

* 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
* 1 mangkuk sederhana sup sayur
* 1 keping ikan tenggiri kukus
* 1 biji limau
* 1 gelas air kosong

Minum Petang (3.30 - 4.00 ptg )

* 3 keping biskut krim kraker
* 1 gelas air kosong

Makan Malam ( 6.30 - 7.00 ptg )

* 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
* 1/2 cawan kailan tumis
* 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
* 1 potong tembikai.
* 1 gelas air kosong

Contoh Menu 1500 kkal

Sarapan (7.00 - 7.30 pagi)

* 1 mangkuk sederhana mee hoon sup ( 1 cawan mee hoon ) + 1/2 cawan sawi + hirisan ayam
* 1 cawan susu rendah lemak

Minum Pagi (10.00 - 10.30 pagi)

* 1 keping roti mil penuh
* 1 gelas air kosong

Makan Tengahari (12.30 - 1.00 tgh )

* 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
* 1/2 cawan bayam tumis
* 1/2 cawan salad
* 1 keping ikan merah kari tanpa santan .
* 1 potong betik
* 1 gelas air kosong

Minum Petang (3.30 - 4.00 ptg )

* 1 keping popia basah
* 1 cawan susu rendah lemak

Makan Malam ( 6.30 - 7.00 ptg )

* 1 keping capati
* 1/2 cawan ( dhal + kacang panjang + kentang )
* 1/2 cawan bendi tumis
* 1 ketul peha ayam tandoori
* 1 potong tembikai susu
* 1 gelas air kosong

untuk info kesihatan lain,korang bleh klik sini yea...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails