Klik kalau nak tahu selanjutnya

RESEPI KARI HIJAU THAI

     Semalam sy tengok tv,Jalan-jalan cari makan TV3 ada promo dan resepi 3 jenis kari; Kari Melayu,Kari India dan Kari Thai.Teringin sangat nak makan Kari Thai,tapi kene pi Bangkok House pulak...terus cari resepi...
    Maaf ye Ezani and Che Mat,saya pinjam resepi,copy kat belog,senang saya cari nak buat nanti.Untuk resepi asal,sila ke belog diorang ye? 
    Untuk resepi masakan Thai,korang boleh juga ke  http://www.templeofthai.com/recipes/
    RESEPI KARI HIJAU THAI/THAI GREEN CURRY 
     Templeofthai.com
    Resepi asal :Ezani Masterchef
    Bahan-bahan:
  • Pes kari hijau
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 biji limau nipis - untuk diparut kulitnya dan diambil isinya
  • 3 cm belacan
  • 3 batang daun bawang
  • Segenggam daun selasih
  • 3 batang cili hijau
  • 14 biji cili padi hijau
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1/2 cawan santan
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 cawan air
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 ekor ikan @ ayam,terpulang nak guna apa

  • Gula
  • Garam
  • Jus limau
            BAHAN PES KARI HIJAU 
 
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan
Cara-cara menyediakannya:
  • Masak bahan pes kari hijau dalam minyak dan santan hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air, daun limau purut dan cili padi.
  • Biar mendidih.
  • Tambah gula, garam dan jus limau secukup rasa.
  • Masukkan ikan dan reneh hingga masak.
  • Hidangkan dengan halia dan bawang putih goreng.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails