Klik kalau nak tahu selanjutnya

Tentang gigi : part 1

Lelasan gigi ( abrasion cavity)
Perhatikan gigi korang dalam cermin, ada tak hakisan gigi pada bahagian bawah 1/3 gigi macam kat gambar? Ada tak rasa ngilu/sensitif kat gigi masa makan sejuk atau panas?

Ahaa, kalau korang nak tahu, ni la abrasion cavity (hakisan) yang terjadi akibat:
1.Cara memberus gigi yang salah
2.Penggunaan berus gigi yang 'hard' ditambah
dengan tekanan semasa memberus yang kuat.

Akibatnya, gigi akan menjadi sensitif/ngilu terhadap makanan/minuman panas dan sejuk serta angin.
Oh jangan risau.Masih belum terlewat untuk dapatkan rawatan! 

Rawatan:

1.Tampalan pada bahagian hakisan
2.Mengubah cara memberus gigi dan jenis berus yang digunakan
3.Menggunakan ubat gigi sensitif

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails