Semalam me and hubby
menjakunkan diri kat Sushi King. Ntah tibe-tibe tekak rasa nak makan kat tempat
yang kitorang lom penah try. Hamek kaw, jakun giler. Memula dok tercongok kat
depan menu stand tu, agak-agak nanti ada la waiter jemput masuk kann.. oke encik,
brapa orang? Meja sana ye..
Memang takde waiter
yang datang, kata-kata aluan pun takde. Okeh, kitorang redah je la. Baru dengar
kata-kata aluan dalam bahasa jepun. Aku tak paham apa yang diorang cakap tu.
Pastu cam, eh, camane nak start amek sushi ni, nak panggil waiter ke? Oh NO!!!
Teros GOOGLE. Semua
benda nak google. Terus taip " cara nak makan sushi di sushi king "
Oh takde yang bagi
details terperinci. Paling ada pun kat belog emilia. Camane orang zaman batu yang tak penah makan ni nak ngap
sushi kalau takde dalam google? Haiihh. Masalah dunia ni.
Camane ni B ? Hmmm.. redah je lah. Angkat
tangan panggil waiter (Padahal, tekan buzzer kat tepi tu yang tulis CALL =p) .
Haa, nampak sangat jakun yang pertama kan? Waiter pun datang. "Okay, saya
nak order air ice lemonade, ice blackcurrant lemon." Pastu nak makan yang
ni (tangan tunjuk kat menu) sebab tak reti sebut.
Okeh, selamat dah.
"B, camane nak
amek sushi yang gerak-gerak atas ni? "
" Hmmm, ntahh.
(gelak-gelak) "
" Oke, tengok
orang lain dulu "
Jiran sebelah amek
jer kat atas conveyor begerak tuh. Pastu
ada signage sila letak balik tutup pinggan atas ni kalau tak nanti susah nak
kemas.
Ooo, senang je. Amek
je lah yang mana aku rasa agak-agak cute dan cantik. Pastu baru la ada belog
yang review cakap harga beza ikut kaler pinggan. Cesss. Aku dah terambik yang
mahal sebab tergoda dengan kekiutan sushi tu. RM 4.
At the end, we olls
makan 4 pinggan sushi, satu main course, 2 air. Bill? Mak aih, boleh tahan. RM 40.72.
Bankrup la kalo hari-hari makan kat Sushi King T_T
Kesimpulan:
Cara-cara nak makan
di sushi king
1. Pas dapat tempat
duduk, tekan je buzzer call untuk order, tu pun kalau nak order dari buku menu.
2. Kalau nak makan sushi yang bergerak, sila rembat je pinggan
kecik yang bergerak tu, tapi kalau ko nak makan bajet-bajet, tengoklah dulu
guide harga ikut kaler pinggan.Tapi biasanya makin
mahal, makin sedap. Ada kicap jugak kat meja tu kalau nak cicah bagi rasa masin sikit.
Biru: RM 2
Beige: RM 3
Pink RM 4
Red RM 5
Purple RM 6
3. Letak balik
penutup pinggan atas tempat yang disediakan atas conveyer tu. Pinggan tu susun
la lek lok ikut kaler.Senang nk kira.hihi
4. Pas siap makan,
tekan buzzer untuk bill. Nanti waiter akan kirakan harga dan bagi bil.
5. Bayar kat kaunter
depan.
(kalo nak murah,
order je japanese tea.jimat)
Arigato Gozaimashita!