Ni rupenya tips buat muffin,take from k.hana...patotla selama ni aku buat mufin bantat aje.. (ke tangan aku yg x berseni untuk buat muffin??)
Sinopsis
ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread  kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking  powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam  pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah  ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi  byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.
Cara mengaduk adunan
Prinsip  dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair.  Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali  sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer!  Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan  kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan  basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang  akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh  lubang.
Cara menuang adunan ke dalam cup
Tuang  adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim  hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas  masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar,  bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika  lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk  kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat  rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.
Cara membakar Muffin
Salah  satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat!  Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah,  bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong.  Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik,  usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua  tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering  dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru  campur baki adunan dan terus dibakar.
Masa membakar muffin antara  20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi  ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak.  sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin  yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku  sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang  kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven  terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya.  Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200  muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.
Penggunaan Loyang
Ada  dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan  berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang  bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab  itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam  resepi saat menggunakannya
lagi petua cantik...
TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT
Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.
URUTAN WAJAH CARA BETUL
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
MENCANTIKKAN BETIS
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.
PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
click here for more petua...
p/s:cantikan gambar tomato kt atas?sendiri ambek taw! =p
Tetiba GERAM baca entry ni (poligami punye cerita..)
Kisah  permohonan untuk berpoligami oleh seorang suami kepada isterinya. Kisah  bermula dengan si suami menulis surat secara rasmi menyatakan  hasratnya.. (taken from http://penaberkala.blogspot.com/)
Suami bin Lelaki 17,
Jalan Angkasa , 24300,
Kemaman Terengganu
_______________________________________________ 
Isteri binti Perempuan 17,
Jalan Angkasa , 24300,
Kemaman Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2.  Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin  melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini  kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan ,  eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi  satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang  merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang  beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia  bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang  selebihnya akan diisi di masa akan datang.
3.  Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya  fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah  saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin  an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat  mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya  semangat saya yang telah hilang selama ini.
4.  Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia  menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup  kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi  seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta  besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu  potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu,  sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita  ini.
5.  Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini  kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang  dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan  iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya  akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah  waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku  Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu  saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan  bukan?
6.  Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima  kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya  ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita  ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan  senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas  kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi ,  pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan  pihak puan untuk melakukannya.
7.  Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu  sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam  keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan  masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika  10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja  bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan  di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8.  Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat  mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat  melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki 
p/s:Amboi,encek Suami,bukan nak appreciate pon apa yang wife dah buat sepanjang hidop 10 tahun,cakap wife macam tong drum la,ingat encek hensem sangat ka dengan perot boroi tu?Cuba la tengek puan Isteri yang dah sacrifice macam2 sepanjang hidop dengan encek Suami.. (ter 'emo' plak,walopon takde kaitan ngan idop..hehe)
Lupakan botox!Jom buat face yoga!
 Lupakan botox!Jom buat face yoga untuk kulit tegang dan awet muda....Face yoga ni ialah exercise muka berdasarkan yoga rules.Yoga muka ni melibatkan 57 otot muka dan di percayai dapat menegangkan kulit serta untuk facelift.Di samping itu,ia mampu meningkatkan perjalanan darah ke muka,menghilangkan stress dan menaikkan seri pada muka.. (Source:http://www.time.com/time/photogallery/0,29307,1683326,00.html)
Free Your Tongue
It is recommended that you hold this pose for 60 seconds. It is good if your eyes water; that flushes the toxins that may have accumulated there.
Temple Dancer Eyes
This exercise works on the ring muscles of the eyes to prevent sagging skin and crow's feet.
Smiling Fish Face
Smile while pursing your lips. This pose is modeled after the look celebrities often give the paparazzi.
Lion Face, Part I
Inhale through your nose, make fists and squeeze all your facial muscles...
Lion Face, Part II
Now exhale through your mouth, stick out your tongue, roll your eyes up and open your hands. Repeat three times.
Surprise Me!
Widen your eyes, as though surprised, but try not to wrinkle the brow. Focus on a point in front of you for about five to ten seconds. Then repeat, four times.
Satchmo
Named for Louis Armstrong, this poses mimics the cheeks of a trumpet player.
The repetitive puckering and blowing creates stronger, firmer lips.
Baby Bird
Swallow while pressing the tip of the tongue to the roof of your mouth. Then tilt your head slightly to the left and swallow. Then repeat, towards the right. This exercise helps jowls from forming. Buddha Face
Free Your Tongue
It is recommended that you hold this pose for 60 seconds. It is good if your eyes water; that flushes the toxins that may have accumulated there.
This exercise works on the ring muscles of the eyes to prevent sagging skin and crow's feet.
Smile while pursing your lips. This pose is modeled after the look celebrities often give the paparazzi.
Lion Face, Part I
Inhale through your nose, make fists and squeeze all your facial muscles...
Now exhale through your mouth, stick out your tongue, roll your eyes up and open your hands. Repeat three times.
Surprise Me!
Widen your eyes, as though surprised, but try not to wrinkle the brow. Focus on a point in front of you for about five to ten seconds. Then repeat, four times.
Satchmo
Named for Louis Armstrong, this poses mimics the cheeks of a trumpet player.
Marilyn
The repetitive puckering and blowing creates stronger, firmer lips.
Swallow while pressing the tip of the tongue to the roof of your mouth. Then tilt your head slightly to the left and swallow. Then repeat, towards the right. This exercise helps jowls from forming.
Ulam untuk si hawa!
                                          (Gambor pinjam kat blog ni......)
♥Daun kaduk ~mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang mampu menguatkan tulang & mengelakkan daripada penyakit osteoporosis
♥Daun pegaga ~awet muda,membaiki peredaran darah,membantu pertumbuhan rambut,mengecutkan rahim,meningkatkan kesihatan kulit
♥Cekur & pucuk putat ~mengecutkan rahim
♥Pucuk gajus & ulam raja ~membersihkan darah
♥Pucuk betik~membantu penghadaman
Em..sape2 yang berminat nak baca lebey lagi pasal ulam,bleh la klik kt sini.....Selamat Berulam!♥
♥Daun kaduk ~mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang mampu menguatkan tulang & mengelakkan daripada penyakit osteoporosis
♥Daun pegaga ~awet muda,membaiki peredaran darah,membantu pertumbuhan rambut,mengecutkan rahim,meningkatkan kesihatan kulit
♥Cekur & pucuk putat ~mengecutkan rahim
♥Pucuk gajus & ulam raja ~membersihkan darah
♥Pucuk betik~membantu penghadaman
Em..sape2 yang berminat nak baca lebey lagi pasal ulam,bleh la klik kt sini.....Selamat Berulam!♥
p/s:ekceli,ada sesetengah ulam xleh di ambil berlebihan,sbb ia boleh memudaratkan kesihatan jugak..jadi,amalkan pengambilan secara sederhana setiap hari... 
Subscribe to:
Comments (Atom)










