Salam kengkawan..eceyh,hari ni jd ustazah kejap,bg salam seblom stat blogging..Menu diet sihat hari ni ialah sup tauhu jepun...ekceli,tuan punye resepi ni ialah mat gebu & K.jun..Boley pilih or try yg mana satu ikot pilihan hati...
Mat punye resepi:
BAHAN-BAHANNYA :
2 tube tauhu jepun, potong 8 setiap tube
250 g cendawan telinga tikus, jenis segar, dipotong kecil
100 g fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Secubit gula
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*
Lada kicap*(*bahan sampingan)
CARA MEMBUATNYA :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1200 ml). Biar mendidih.
- Masukkan tauhu kering (fucuk) dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.
- Masak 5 minit lagi dengan api kecil, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit lada kicap....Selamat menjamu selera....
K.jun punye resepi:
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu jepun/tauhu telur-potong bulat dlm 1/2 in tebal
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
carrot-hiris
cendawan-hiris
cili merah-hiris
1 biji telur putih
1/4 kiub pati ayam
garam
sedikit kicap cair n minyak bijan
pepper
air secukupnya (dlm 1/2 cawan)
air tepung jagung-jika suka pekat
daun bawang-hiris
minyak
CARA MEMBUATNYA:
panaskan sedikit minyak, goreng tauhu hingga kekuningan sket, angkat.
panaskan sket minyak, tumis bawang putih n halia hingga wangi. masukkan air n kiub pati ayam. didihkan, masukkan carrot, cendawan, cili merah serta kicap cair n minyak bijan. masukkan pepper n garam jika perlu. didihkan, masukkan tauhu n air tepung jagung. kacau sekejap, angkat n tabur daun bawang.
huwaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesedapnya
grrrrrrrrrrrr