Klik kalau nak tahu selanjutnya

Azam tahun baru 2013

Pejam celik buka tutup kelip-kelip mata dah masuk 2013 ropenye yew...
Masuk 2nd of January dah, tapi belum ada resolusi (cewah, ayat skema sastera gitu..)


Kenapa kita kena ada azam tahun baru? sebab azam tahun lamatak habis-habis buat lagi.Oppas gangnam style! Opps.. Dah bertahun-tahun azam tahun lama tak habis buat, sebab tu tiap-tiap kali masuk tahun baru, kena buat azam baru, refresh semangat agar lebih berkesan dan teruja menghadapi cabaran masa akan datang! Poyo sangat eh bahasa kali ni ? okey-okey.. kita cakap bahasa biasa ajelah..

Bagi yang masih blur dan fail untuk memahami apakah itu resolusi, boleh website ini untuk curik idea azam tahun baru (Top 10 New Year's Resolution Ideas) .Kalau boleh, biarlah azam ini dibuat dari hati, barulah usaha yang dibuat akan kemah keming ( kemah keming pun tak tahu? ala, macam kemah keming Ustaz Azhar Idrus tu)

Contoh azam tahun baru:

1. Nak diet, bagi kurus sikit bukan kurus banyak, tapi makanan sedap-sedap tetap nak tibai, sebab tak larat nak tahan.. (agak-agak berjaya tak azam ni? jawablah sendiri ye.. )

apa kata tukar azam jadi lebih berstrategi:

1.Nak diet - Bagi turun 10 kilo dari 155kg, pagi minum Herbalife, tengahari makan sayur dengan protein, malam minum Herbalife jugak. Kena pakai Premium Beautiful pegi keja.Weekend exercise 1-2 jam.. 

Kan ke okey tu.. itu adalah azam.AZAM! Tulis dalam diari baru yang baru beli kat Maridin semalam tu. Ececeh, tanak ngaku pulak beli kat Maridin.Oke-oke, beli kat Popular Bookstore.Kelass gitu..

Jom mulakan tahun baru dengan azam tahun baru!



Kenapa kena bayar zakat



Kenapa kena bayar zakat? Alhamdulillah, terfikir jugak kenapa nak kena bayar zakat ni kan.. Walaupun bertahun-tahun kita bayar zakat, tapi tak pernah terfikir pulak kenapa.Taw-taw je kena bayar. Zakat ni bukanlah sejenis paksaan dalam Islam yang seolah-olah memberatkan muslim sekalian ye ye.. ehem, Ustazah mula bagi ceramah. Erkk..

Pernah tak lepas 2-3 hari dapat gaji, seminggu lepas tu terus rasa duit tak tahu terbang ke mana, rasa macam dah selit celah-celah purse konon-konon buat tak hengat ada duit kat situ, tapi memang tak ade jugak at last. Penah tak, penah tak?? Mesti penah. Ececeh, buat - buat muka tak penah la tu kan..

Memang duit kita akan rasa cepat habis tak tahu ke mana. Ini mungkin sebab rezeki dari kerja kita tu kurang berkat. Keje diamanahkan 8 jam sehari, tinggal 3 jam keje, 5 jam dok pot pet pot pet bergosip sakan pasal Minah kawen awal, Mamat kena tangkap curi durian crepe seketul, layan Facebook berjam-jam..

Maka bagi mensucikan hadas kecil ini, eh bukan , mensucikan rezeki aka gaji kita bagi lebih berkat, lebih baik kita bayar zakat dan bersedekah. Terus je ke laman web Pusat Pungutan Zakat yang canggih manggih ni.Ha, sekarang ni semua dah pakai internet taw, bukan ko sorang je.Haa...

.Memang sangat mudah, boleh kira anggaran nak bayar zakat dan boleh bayar terus! Oke, sila- sila .


p.s: Kadang-kadang anak-anak jadi degil tak dengar cakap mak bapak sebab makan hasil rezeki tak berkat.

Cara pilih berus gigi yang betul

Selama korang hidup dan menggosok gigi berapa dekad ni, tahukah korang cara pilih berus gigi yang betul?
Tadaaa, ni i nak bagi few tips untuk pilih berus gigi yang sesuai dengan kita-kita.

1.Pilih yang kecik pada bahagian hujung, atau dalam ertikata lain, bemtuk tirus atau tapered pada hujung berus.Ini memudahkan korang untuk gosok gigi pada bahagian belakang.Kalau just gosok gigi depan je, gigi belakang yang mudah rosak sebab banyak food trapped taw!

2.Jangan guna berus gigi yang bulu bristle yang hard.Guna yang medium atau soft.Otherwise, korang akan dapat lelasan gigi yang mana korang jangan harap nak makan Tutti Frutti atau ice cream goreng tepi jalan.Siyes ngilu!


Ni adalah berus gigi Colgate Slimsoft terbaru.Sangat sesuai untuk dijadikan berus gigi kepada mereka yang dah ada berus gigi berbunga-bunga macam bawah:


Klik iklan  Colgate Slimsoft kat sebelah untuk tahu lebih lanjut! Selamat menukar berus gigi =)

Review: Inner Ayraa Al Humaira Contemporary

Inner Al Humaira Contemporary ni dah lama i perhatikan.Perati saje beb, sebab asal nak order je, sold out.Nafsu sopim online memang sentiasa membuak-buak, tapi mesti termiss jugak akhirnya.On that historical day, cewahh, ada jugak la stok inner Ayraa ni kat website Al Humaira Contemporary ni.Den terus isi borang order and submit dengan penuh semangat berkobar-kobar.2 tahun tu den pondam segalo kefrustetan untuk dapatkan inner Ayraa ni.


Memang servis Al Humaira ni sangat cepat dan pantas.2 hari order gue sudah sampai.Memula pakai , apehal kepala tersangkut kat celah-celah ni.Besar sangat ke kepala i ni? Rupa-rupanya jakun sebab tak penah pakai inner neck yang macam inner neck ninja tuh.Hehe.. jangan marah ya.

Sangatlah selesa bagai Inner Ayraa ni.Kain cotton yang melekap kemas pada kepala, 
boleh la tipu-tipu tutup muka bulat itu.Worth buying.
Okeh, thank you Al Humaira!

Happy Diwali

Happy Diwali to all Hindus !!


 

Review Palazzo

Dolu-dolu riso nak pakai palazzao sebab pernah beli kat pasar malam yang harga RM 45 tapi balik pakai sangat fit hingga ikut bentuk b*nt*t itu.Serik sampai bertahun-tahun mengekang perasaan yang teringin sangat nak pakai tapi takut membazir duit lagi.
Akhirnya saya ter'view' belog online shop Eight Design Boutique.Tertarik hati untuk order.Lantas isi borang order.
3 days later....
Owh yeah sudah dapat Palazzo Aina IV from Eight Design Boutique.

Black

Perasaan sangat selesa bila memakai palazzo ini.
Material palazzo ni soft cotton yang selesa, mudah digosok dan yang penting tak mengikut shape body
Harga : RM 70
Berbaloi untuk dibeli dan saya nak order yang second one sekarang! 
Maybe kaler ini kot:

Dark grey 
* Laa, baru perasan kaler ni dah sold out rupenye.Isk isk


Review : BB cream Maybelline



Lepas BB cream Elianto (boleh baca review kat sini) habis, saya tercari-cari next product untuk saya cuba.
Nak try Garnier? Silky White ? or Maybelline? Dah la boleh jer BB cream tu habis licin masa tengah mekap untuk pegi Karangkraf.Oh macam mana kalau muka nampak buruk dan tak berseri? Seb bek sempat singgah kat Watson Plaza Alam Shah semata-mata untuk beli BB cream (iye ke tangan kau tu capai BB cream aje? Rasenya ada lagi In 2 It Sheer Shimmer Blusher dalam plastic bag Watson tu).

Oh best beli kat Watson sebab sape ada member kad dapat point yang boleh tolak dari total payment nanti.
Lastly i choose Maybelline BB cream 8 in one instead of Garnier and Silky White.Itu pun sebab promoter Watson dah pandang-pandang sebab sangat lama baca label kat belakang semua BB cream yang ada sampai kalau ada customer tanya haku pun boleh jawab dengan confident sekali.

Sebab my aim ialah untuk smoothes,correct and conceals my skin (with other 5 improvements to perfect your skin). 

Ahemm, setelah try out this product:

Texture slightly lebih ringan dari BB cream Elianto
Mudah untuk diratakan (takde capuk-capuk putih kat muka)
Tutup parut jerawat yang ada dengan baik

Sonok jugak la dapat BB cream yang sesuai ni ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails