Kenapa kena bayar zakat
Kenapa kena bayar zakat? Alhamdulillah, terfikir jugak kenapa nak kena bayar zakat ni kan.. Walaupun bertahun-tahun kita bayar zakat, tapi tak pernah terfikir pulak kenapa.Taw-taw je kena bayar. Zakat ni bukanlah sejenis paksaan dalam Islam yang seolah-olah memberatkan muslim sekalian ye ye.. ehem, Ustazah mula bagi ceramah. Erkk..
Pernah tak lepas 2-3 hari dapat gaji, seminggu lepas tu terus rasa duit tak tahu terbang ke mana, rasa macam dah selit celah-celah purse konon-konon buat tak hengat ada duit kat situ, tapi memang tak ade jugak at last. Penah tak, penah tak?? Mesti penah. Ececeh, buat - buat muka tak penah la tu kan..
Memang duit kita akan rasa cepat habis tak tahu ke mana. Ini mungkin sebab rezeki dari kerja kita tu kurang berkat. Keje diamanahkan 8 jam sehari, tinggal 3 jam keje, 5 jam dok pot pet pot pet bergosip sakan pasal Minah kawen awal, Mamat kena tangkap curi durian crepe seketul, layan Facebook berjam-jam..
Maka bagi mensucikan hadas kecil ini, eh bukan , mensucikan rezeki aka gaji kita bagi lebih berkat, lebih baik kita bayar zakat dan bersedekah. Terus je ke laman web Pusat Pungutan Zakat yang canggih manggih ni.Ha, sekarang ni semua dah pakai internet taw, bukan ko sorang je.Haa...
.Memang sangat mudah, boleh kira anggaran nak bayar zakat dan boleh bayar terus! Oke, sila- sila .
p.s: Kadang-kadang anak-anak jadi degil tak dengar cakap mak bapak sebab makan hasil rezeki tak berkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment