Klik kalau nak tahu selanjutnya

Resepi EGG BENEDICT

 Pagi ni terasa nak buat breakfast, yang simple dan cepat. Owowoh biasanya yang simple memang la cepat. Egg Benedict ni macam pernah ditengok dalam Top Chef season berapa tah, dah lupe pulak. Quick Challenge Top Chef masa tu hanya menggunakan telur, and Egg Benedict adalah favourite food judge pada hari tu.Jangan tak tahu, haa...

Ni adalah resepi from Zurin, My Resepi. Mudah!



This egg benedict is from Snowfern Clover, not mine okay.My egg benedict? Tungguu... 


EGG BENEDICT

Rujukan : Zurin,My Resepi

Bahan-bahan: 

2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit mix herbs

Cara-cara:

Sapu butter pada bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
Tabur lagi sedikit lada hitam and garam. dan mix herbs
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min
Sedia untuk di nikmati

5 kandungan anti penuaan yang perlu kita tahu

Kandungan anti penuaan yang ada dalam produk perlulah kita ambik tahu, sebab kalau tak tahu, macam mana nak beli produk anti tua, anti kedut dan anti aging segala bagai? Kalau terbeli anti pemudaan macam mana? Kan ke susah tu.



1. Retinol
 - Membantu pembentukan collagen

2.Hydroxy Acids
Acids that are found in fruit and milk sugars
- Menanggalkan sel-sel mati dan merangsang pembentukan sel baru.

*Oh by the way, Hada Labo lotion yang i beli kat Watson hari tu ada AHA! That's why la walaupun baru pakai 2 minggu, kulit terasa muda berseri. Whahaa --> perlu ke bold and highlight ?

3.Coenzyme Q10
- Antioksida yang membantu melambatkan penghasilan kedutan. Produk ape ek yang pemes ilan dalam TV yabg ada Co Q10 ? Lupe plak..

4.Green Tea
- Slow down some signs of aging.
 
5. Vitamins C and E
Kalau sapu togeder geder, baru la Vitamin ni akan lebih berkesan, sebab vitamin E ni menambahkan keberkesanan Vitamin C ni.

 So, baca dulu kandungan or label.. kalau tak paham, redah aje..

Review Hada Labo lotion aka toner

Semalam berjalan-jalan mencarik pasal di Watson,memang lah bertujuan murni untuk mencari produk baru untuk muka memandangkan birthday semalam menjangkau umur 28, terasa diri makin tua dan perlukan sesuatu produk yang sesuai untuk anti aging dan mosturize kulit ni.

 * oh sonanglah kalau kulit boleh dikoyak tarik renew sendiri ye? Kalau nampak berkedut, tarik aje ke atas

Ada banyak brand anti aging dan mosturizer. Bio essences bird nest collagen, Loreal Revitalift, Safi Rania Gold dan macam macam lagi. Anyway, sebelum pilih yang mana satu brand nak guna dan jenis apa, kita kene lah cek dulu condition kulit kita, sebab takkan baru nak cek kat Watson pulakkan, dah la tumpang cermin kat bahagian make up Maybelline , ada hati nak membelek muka lama-lama.Jadi kalau tak mahu diketawakan oleh cleaner bangla dan pendatang asing yang lain,baiklah cek kat rumah sahaja.

Kulit muka saya ni jenis berminyak asalnya, tapi dah semakin berkurang, dah tak boleh guna buwat masak char kuey teow dah.Sebelum ni saya pakai Fair & Lovely for scar, okay dan sesuai aje.Tapi memandangkan proses penuaan mula berlaku dan baru sedar diri dah tua, better la i mosturize kulit i balik kan?



I bought this Loreal Revitalift dan Hada Labo Lotion. Eeh, Hada Labo Lotion ni untuk antiaging ke?? Ianya mengandungi super hyaluronic acid yang mammpu mengekalkan dan mengembalikan kelembapan kulit.Caranya mudah aje.Just dap dap kat muka, agak-agak meresap sikit, okeyle tu.i love the feeling and texture of my skin after wearing it! Sungguh selesa especially apply after cuci muka dengan Loreal Revitalift tu.Toink toink! Anjal dan lembap sekata gitu.wawahhh..
Apa lagi, cuba lah!

P.s: Kalau korang ada guna antiaging product lain, can u pls share with me? thank you

Lactacyd for Miss and Mrs V

Pernah tak korang guna Feminine Hygiene Wash product? Dari yang mengandungi Sireh Kapur Pinang Tembakau hinggalah yang mengandungi Lactic Acid. Kenapa kena guna hygiene wash sedangkan kita dah guna air? Tak cukup ker air yang ada sehinggakan mahu membazir wang beli Lactacyd bagai? Oh ia bukan membazir.

Sebenarnya, kalau korang nak tahu, secara semulajadi Miss V ada protective layer dengan pH sedikit berasid dimana asid tersebut dihasilkan oleh bakteria baik Lactobacillus, untuk menghalang kuman dan bakteria jahat dari menyebabkan jangkitan pada Miss V.

Kalau guna sabun mandi ketul Lux atau body wash Dettol memang tak sesuai untuk Miss V sebab pH alkali dan suasana di situ tidak berapa menggalakkan penghasilan asid itu. Jangan juga di tonyoh dengan body Scrub sampai melecet gitu.

Baiklah segera ke kedai Watson atau Guardian atau Farmasi yang berdekatan dan dapatkan Lactacyd kerana ianya mengandungi lactic acid semulajadi dan beberapa bahan semulajadi lain yang tidak berbahaya kepada Miss & Mrs V.

Nak join the Club and know more about V? Just click http://www.lactacyd.com.my/ 
or klik iklan Nuffnang kat atas =)

CNY SALE SOGO 2013

SOGO ada member's day SALE sempena 19th birthday diorang. Masalahnya, saya punya sopim kad SOGO dah lama expired. Macam mana ni?

Last 3 days, baru je sopim Shawl Luna from Radiusite. Saya pilih kaler yang ni:

Memandangkan semua kaler yang Radiusite jual cun-cun meletops dan sangatlah match walaupun 2013 ni dah bukan tema colour block, tapi sebab somel sangat terpaksa lah beli jugak.Harga RM 55.

Review? Oh maaf sebab belum sempat pakai lagi =p

Azam tahun baru 2013

Pejam celik buka tutup kelip-kelip mata dah masuk 2013 ropenye yew...
Masuk 2nd of January dah, tapi belum ada resolusi (cewah, ayat skema sastera gitu..)


Kenapa kita kena ada azam tahun baru? sebab azam tahun lamatak habis-habis buat lagi.Oppas gangnam style! Opps.. Dah bertahun-tahun azam tahun lama tak habis buat, sebab tu tiap-tiap kali masuk tahun baru, kena buat azam baru, refresh semangat agar lebih berkesan dan teruja menghadapi cabaran masa akan datang! Poyo sangat eh bahasa kali ni ? okey-okey.. kita cakap bahasa biasa ajelah..

Bagi yang masih blur dan fail untuk memahami apakah itu resolusi, boleh website ini untuk curik idea azam tahun baru (Top 10 New Year's Resolution Ideas) .Kalau boleh, biarlah azam ini dibuat dari hati, barulah usaha yang dibuat akan kemah keming ( kemah keming pun tak tahu? ala, macam kemah keming Ustaz Azhar Idrus tu)

Contoh azam tahun baru:

1. Nak diet, bagi kurus sikit bukan kurus banyak, tapi makanan sedap-sedap tetap nak tibai, sebab tak larat nak tahan.. (agak-agak berjaya tak azam ni? jawablah sendiri ye.. )

apa kata tukar azam jadi lebih berstrategi:

1.Nak diet - Bagi turun 10 kilo dari 155kg, pagi minum Herbalife, tengahari makan sayur dengan protein, malam minum Herbalife jugak. Kena pakai Premium Beautiful pegi keja.Weekend exercise 1-2 jam.. 

Kan ke okey tu.. itu adalah azam.AZAM! Tulis dalam diari baru yang baru beli kat Maridin semalam tu. Ececeh, tanak ngaku pulak beli kat Maridin.Oke-oke, beli kat Popular Bookstore.Kelass gitu..

Jom mulakan tahun baru dengan azam tahun baru!



Kenapa kena bayar zakat



Kenapa kena bayar zakat? Alhamdulillah, terfikir jugak kenapa nak kena bayar zakat ni kan.. Walaupun bertahun-tahun kita bayar zakat, tapi tak pernah terfikir pulak kenapa.Taw-taw je kena bayar. Zakat ni bukanlah sejenis paksaan dalam Islam yang seolah-olah memberatkan muslim sekalian ye ye.. ehem, Ustazah mula bagi ceramah. Erkk..

Pernah tak lepas 2-3 hari dapat gaji, seminggu lepas tu terus rasa duit tak tahu terbang ke mana, rasa macam dah selit celah-celah purse konon-konon buat tak hengat ada duit kat situ, tapi memang tak ade jugak at last. Penah tak, penah tak?? Mesti penah. Ececeh, buat - buat muka tak penah la tu kan..

Memang duit kita akan rasa cepat habis tak tahu ke mana. Ini mungkin sebab rezeki dari kerja kita tu kurang berkat. Keje diamanahkan 8 jam sehari, tinggal 3 jam keje, 5 jam dok pot pet pot pet bergosip sakan pasal Minah kawen awal, Mamat kena tangkap curi durian crepe seketul, layan Facebook berjam-jam..

Maka bagi mensucikan hadas kecil ini, eh bukan , mensucikan rezeki aka gaji kita bagi lebih berkat, lebih baik kita bayar zakat dan bersedekah. Terus je ke laman web Pusat Pungutan Zakat yang canggih manggih ni.Ha, sekarang ni semua dah pakai internet taw, bukan ko sorang je.Haa...

.Memang sangat mudah, boleh kira anggaran nak bayar zakat dan boleh bayar terus! Oke, sila- sila .


p.s: Kadang-kadang anak-anak jadi degil tak dengar cakap mak bapak sebab makan hasil rezeki tak berkat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails