Klik kalau nak tahu selanjutnya

Review: BB cream and blusher Elianto

Dapat beli mekap baru! Hooyeahh..sebab dh lama tak beli,asek berangan nak beli mekap baru.Mekap lama dh expired.Ye ke? Merekacipta alasan dan buat-buat tak tahu.

Review mekap baru beli, dari Elianto:


1.BB cream ultra white ~ kata jurujual tu,harga ada diskaun,biasa RM70 lebih.Hari ni RM50 lebih..dan dan aku nak beli,tang tu jugak ada diskaun..perkataan  ‘diskaun’ tu agak alergik bagi saya.Asal dengar je,mesti nak beli.Asal dengar nak beli..asal dengar (erk,brape kali nak ulang ni?)
Saje nak membuktikan aku alergik.Muahahaha..


2.Baked blusher- nama pun dah sedap kan?Macam baked doughnut, baked cinnamon roll, baked apple pie from Mc Donald (lalala..penambah kesedapan rasa baked yang melampaui batas).Belum dengar penerangan (ayat skema.LOL) kat label belakang lagi.

‘Baked blusher consist of multiple shades baked together in a single pan.Sheer and lightweight upon application,it creates natural hues with a pearly shimmer’
Rasa macam iklan big apple doughnut kan?


Oke-oke..saya dah pakai.Balik umah terus pakai dengan berkobar-kobar.BB ultra cream white ni memang tak berminyak macam yang promoter tu cakap.Kulit jadi smooth dan mekap sekata.Terasa gebu dan comelll gitew.

Anti aging and lifting kene tunggu saya umur 50 thn,baru boleh buat review part 2 (Belog ni wujud lagi ker?hmm..)

 Baked blusher?Tunggu review part 2.Saje buat stail filem.Berangan lagi *sigh

Resepi carrot cake yang sedap

Saya buat carrot cake semalam,guna resepi dari sini.Sedap dan gebu!Tapi saya tukar sikit resepi kek carrot ni,sebab walnut tak jumpa kt kedai.Hasilnya masih sedap!


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan hazelnut cincang
  • 1 cawan badam kisar

Cara-cara

  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang (lupe letak vanilla!tp seb bek rasa cinnamon ada) Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

Hennes and Mauritz Shop



Hennes and Mauritz shop.Kat Malaysia takde lagi cawangannya.Kat Asia ni pun,hanya ada kat Singapore,Japan,South Korea,China dan Hong Kong.Ia adalah Swedish retail clothing company yang berada pada tanggan kedua bawah ZARA (Spain origin) dan atas sikit pada GAP (US punye)

Kalau pergi melencong melancong ke Europe,memang common la kedai ni.Cawangannye banyak.At first,saya tak tahu pun kedai ni global punya,ingatkan kedai tempatan je.Baju-baju yang dijual agak trendy dan berpatutan (dalam Eurpoe Currency la,jangan convert..tehehe....kalau convert,baik guna duit tu buat makan Tako Ball kat Jusco 20 bijik seminggu)

Saya cuma beli lip gloss yang harganya 1 EURO sebab comel,boleh sangkut kat handphone kalau nak.Scarf collection pun cantik.Baju labuh yang bergaya pun berpatutan dengan harga EURO.hehe..

Nanti saya update gambar ye.

Kalau nak jenguk-jenguk,boleh la ke website H & M Singapore atau pergi terus je ke Singapore ^_^

Review: Maskara

Sape penah pakai Estee Lauder Double Wear Zero-Smudge Lengthening Mascara?
Well,i got one.

Memang best sebab zero-smudge,tapi kena la bagi kering dulu lepas apply.Kalau tak,mana-mana maskara pun akan smudge @ comot kalau ter 'tonyoh' lepas apply.. =p Mudah dibersihkan dan mudah sangat di sapu.SUKEEEE~~~~harga tak SUKEEEEEE~~~~

Harga?Owh maaf sudah lupa,sebab beli 1 set dengan lipstick,perfume dan eye shadow.

Sayur warna pelangi!



Merah

Mengandungi Lycopene iaitu anti-oxidant yang melawan pembentukan sel kanser.Lycopene ni tak boleh dihasilkan dalam badan taw!Kena ambil secara luaran iaitu melalui makanan

Jingga

Sumber vitamin C and flavonoid.
Melambatkan proses penuaan dan menganjalkan muka menjadi cun melecun

Kuning

Mengandungi Mangan,sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang
Kandungan Bromelain dalam nenas dikatakan mampu mengurangkan batuk dan kahak

Hijau
Kaya dengan Asid Folik yang membantu pertumbuhan sel atau tisu,jadi sangat sesuai dimbil oleh pregnant mummy
Isothiocyanates membantu mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan

Biru

Mengandungi bakteria baik seperti  b-coli yang boleh membantu mengurangkan simptom jangkitan pada sistem urin (sistem urin tu ape?hmmm,bahasa kasarnya buang air )

Indigo
Tinggi kandungan antioksida yang boleh meneutralkan radikal bebas dalam badan untuk melawan sel kanser.
Membantu sistem pencernaan yang sihat sebab mengandungi serat tak larut

Ungu
Kaya dengan Vitamin A yang mampu mengurangkan rabun malam













Nasi ayam

Semalam saya jalan-jalan kat Melaka.Lapar sangat,singgah la makan kat Food Court Dataran Pahlawan.Saya makan nasi ayam.Sedap jugak!Tapi yang paling unik ialah sambal nasi ayam..




I guess,sambal nasi ayam ni,dia letak kulit limau kasturi.Jarang kan kite dengar sambal nasi ayam letak kulit limau kasturi? =) Biasa letak dalam sambal belacan je..

RESEPI SAMBAL NASI AYAM (ni biasa-biasa punya je..)

bahan-bahan:


4 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit kulit limau kasturi dicincang halus
sedikit minyak bijan
1 sudu air rebusan ayam

Cara:  
1.Blender/tumbuk cili,bawang putih dan halia.Masukkan kulit limau kasturi.
2.Tambah air rebusan ayam,minyak bijan (jangan banyak,nanti muak) jus limau secukupnya.
3.Masukkan gula dan garam secukup rasa

Nasi Goreng Ayam KFC

 Semalam saya pegi KFC.Ada lebihan ayam yang dah tak dapat disumbat dalam perut,sebab order banyak bagai,walaupun hanya untuk 2 perut.

 Jadi pagi ini,acara merekacipta nasi goreng pun bermula.Saya share resepi ni sebab rasanya sedap,dan boleh ditiru dicuba oleh readers sekalian =)


Bahan-bahan:



  • 2 mangkuk nasi putih (dileraikan)
  • Ayam KFC (yang dah tak cukup space nak sumbat dalam perut malam tadi)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • sos tiram
  • kicap manis cap kipas udang
  • Minyak masak
  • Garam
  • Bahan perisa
Bahan tumbuk:

  • Segenggam ikan bilis (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji cili padi (ditumbuk) -->kalau suka pedas,boleh tambah lagi
  • 1/2 bawang besar (ditumbuk)


Cara memasak:
  1. Tumiskan semua bahan tumbuk sehingga garing.Masukkan bawang merah yang dihiris.
  2. Masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga rata.
  3. Apabila nasi sudah garing, ayam KFC yang sudah dicarik-carikkan
  4.  Masukkan daun limau purut,sos tiram dan kicap secukup rasa.Kacau sebati.
  5. Kacaukan. Tambahkan bahan perisa dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails