Klik kalau nak tahu selanjutnya

Tips berseri di hari raya

Alangkah seronoknya kalau kite tampak berseri di hari raya. Dari jauh nampak *ting shiny suci putih bersih.
Ahaaa, kalau nak nampak berseri, nampak gayanya kenalah start dari sekarang!

1. Amalan selepas Isyak

Haa, balik dari terawih tu, cecepat ambik air masak segelas. Karang dah lepak depan tv atau kat sofa empuk tu, terus hilang kat dunia nyata dah. Masuk alam mimpi sampai esok pagi. Ni antara cara yang paling senang, sebab Surah Al Waqiah tu kan sokmo dah kita baca, so mesti la ingat kan?

Cara:
Dilakukan selepas solat Isyak

·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
Surah al-waqiah ayat 35 -38
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
 
2. Facemask
 
 Yang ni baru buat malam tadi, tempek kat muka. Oatmeal madu delima mask. Hey jimat taw dari beli kat kedai. Dah la tetengah bulan ni, bajet untuk sopim raya lagi, hado ko bajet untuk muka? Mesti dah lari kan ? Jadi ada baiknya kita berjimat dan buat masker sendiri kat rumah. Natural beauty kaw!

Ada lagi beberapa jenis mask yang kita boleh terai. View sini ye :

15 Herbal Beauty Tips For Glowing Skin

3. Mandian 
 
Eeh, kan ker bulan pose ni. Mane boleh berendam lelama macam badak air. Hmm, apa kata buat after buka pose? Takbleh jugak, sebab perut tengah sarat mengandungkan makanan...
 
Anyway, sesiapa yang ada perfect timing yang nak amalkan herbal bath ni, boleh singgah ke sini:
 
 
Hebat lah dia ada banyak resipi untuk mandian, bukan takat mandi bunga dan mandi susu, semua jenis mandi ada. Kuih puteri mandi takde okeh. Harap maaf 


4. Ketenangan jiwa


Muka orang yang kusut jiwa kacau sangatlah berbeza dengan yang tenang dan bahagia. Maka kita perlulah mendekatkan diri dengan pencipta yang Maha Esa


Tahajjud, Sedekah, Senyum, Solat Dhuha, Istighfar, Selawat, Zikir, Membaca Al Quran, Wuduk


Dan tak kurang pentingnya ialah DOA!!


Tak salah kan kalau kita doa, Ya Allah, sempurnakanlah diriku dan tingkatkanlah imanku, serikanlah wajahku untuk suamiku dll. Yang penting istiqamah dan sentiasa percaya pada pencipta kita.



Review produk : Sunsilk CnF

Eh eh Nuffnang ada bagi BE Sunsilk CnF kat cheq la.. Cam tetaw je aku guna Sunsilk CnF ni kan. Ehem. 


Kalau sapa ada beli Majalah NUR bulan ni, kat page belakang dapat free sample Sunsilk CnF. Haaa, suke benda free kan? kan? Eh tanak mengaku pulak tetiba. Bulan pose ni, tak baik tipu. Dosa. 

Review:  
Saya guna ni lepas pakai Almond Oil for Hair.


Likes:
1. Rasa kesegaran aka fresh lepas guna Sunsilk CnF ni. Kepala rasa ringan je, rambut pun  lembut.
2.Bau citrus yang menyegarkan!

Berita baik untuk Hijabista yang berwajah cantek dan komersial gitu serta konfiden yang amat. Peluang nak jadi Peragawati Hijabi dah ada depan mata dengan Sunsilk CnF!



Dan boleh juga tonton Program Hijabista bersama sunsilk kat Astro 104!
For more info, boleh klik iklan Sunsilk kat atas atau LIKE FB: https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia

Resepi sahur mudah : Roti telur bersusu (Roti celup telur bersusu)

Bab sahur ni, memang la payah nak cakap. Kalau tak sahur, lapar terus sepanjang hari. Nak celik mata bangun sahur, punya lah macam atas kelopak mata tu ada batu bertan-tan. Tak terangkat kottt!!

Nak bangun dan masak? Aiihh.Tu lagi berat. Kecuali anda seorang yang memang kena makan menu berat or ada tanggungjawab pada suami dan anak-anak =)

Apapun, kalau dah tinggal 15-30 minit waktu sahur, terpaksalah buat sahur ala kadar tapi sedap.


ROTI TELUR

Bahan-bahan:

2 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis (boleh kurangkan jika tak suka manis)
8 slice Roti putih (potong tengah)
1 sudu besar mentega/butter

Psttt:- boleh adjust sukatan, sebab telur ayam awak dengan telur ayam saya tak sama besar

Cara-cara:

1. Mix kan semua bahan tadi (kecuali roti) kedalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
2. Panaskan frying pan dan masukkan sedikit mentega
3. Celup roti dalam bancuhan telur-susu dan goreng sampai kekuningan.

Note: Rasa lemak manis susu akan di balance kan oleh lemak masin mentega. So, inilah resepi sahur yang cepat, mudah dan sedap!





Resepi berbuka: Terung Balado

Lepas dah beberapa kali pekena terung balado kat Wong Solo, rasa teringin plulak nak buat sendiri. Bukan ke susah payah nak merentasi 2 negeri semata-mata nak berbuka kat Wong Solo? So, setelah digodek-godek resepi dari Indonesia dan combine dengan rasa terung balado yang masih segar dalam ingatan - Ceewaahhhh jiwang gitu-  haruslah ujian ciptarasa dilakukan dan hasilnyaaaaa....... SEDAP CHEF MICHAEL! Meh saya tunjukkan teknik hebat saya itu:



Resepi: Terung Balado

Bahan-bahan ( 1-2 orang )
  • 1 Terung panjang (potong dan goreng sehingga kuning kecoklatan)
  • 1-2 helai Daun salam
  • 1-2 helai daun limau purut
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam, gula, kicap manis
 Blend/tumbuk:

4 ulas bawang merah (saya guna yang jenis besar, so 'bumbu' nya banyak skali dong!)
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah besar
2 tangkai cili padi (jika suka pedas)
1 sudu cili kisar (cili boh) - jika suka
1/2  buah tomato merah
1/4 sdt belacan bakar
2 biji buah keras

Cara-cara
  1. Tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan. 
  2. Masukkan daun salam dan daun limau purut (koyakkan atau hiriskan dulu). Perasakan garam dan gula (boleh tambah sedikit kicap manis).
  3. Masukkan terung dan kacau hingga sekata.Angkat dan hidangkan.
  4. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung.

Resepi sahur mudah: Ayam Tandoori

Mudahnye kedengaran sahur dengan ayam tandoori. Haaa, tu la yang ramai tak tahu betapa senangnya nak buat ayam tandoori ni. Dan dan buat untuk sahur, mudah la sangat. Tak perlulah nak ke mamak pepagi buta sempena nak menikmati Ayam Tandoori itu.

Jom ikuti tutorial resepi sahur mudah ayam tandoori ni:

 1. Lepas cuci bersih ayam, masukkan ayam dalam plastik perapan (compatible untuk bahan makanan) dan masukkan rempah ayam tandoori

 2. Gaulkan sampai rata. Simpan dalam peti ais

3. Pagi sok bangun sahur, masukkan dalam oven agak-agak suhu 30 minit 250 c, atau boleh goreng (deep fried). 

Tadaaaa!!! Dah siap! Mudah kan? Rempah ni sedap tau. Kalau nak order, boleh sms ke 019-6946636. Nanti saya akan poskan.

The glowing green smoothie


Sekarang ni semua orang sebok buat the glowing green smoothie. Khasiatnya memang bagus, especially untuk detox secara natural. Here's the recipe:
Ingredients:
2 cup of water
½ head organic spinach
1 head organic romaine
Just of ½ organic lemon
3 or 4 sticks of organic celery
1 organic banana
1 organic pear
1 organic apple 

Paperhal pun,  haruslah beristiqomah kalau nak cantik. Boleh ke website Kimberly Synder ni kalau nak dibantu dengan lebih lanjut.

Cara-cara nak makan di sushi king



Semalam me and hubby menjakunkan diri kat Sushi King. Ntah tibe-tibe tekak rasa nak makan kat tempat yang kitorang lom penah try. Hamek kaw, jakun giler. Memula dok tercongok kat depan menu stand tu, agak-agak nanti ada la waiter jemput masuk kann.. oke encik, brapa orang? Meja sana ye..

Memang takde waiter yang datang, kata-kata aluan pun takde. Okeh, kitorang redah je la. Baru dengar kata-kata aluan dalam bahasa jepun. Aku tak paham apa yang diorang cakap tu. Pastu cam, eh, camane nak start amek sushi ni, nak panggil waiter ke? Oh NO!!!

Teros GOOGLE. Semua benda nak google. Terus taip " cara nak makan sushi di sushi king "

Oh takde yang bagi details terperinci. Paling ada pun kat belog emilia. Camane orang zaman batu yang tak penah makan ni nak ngap sushi kalau takde dalam google? Haiihh. Masalah dunia ni.

 Camane ni B ? Hmmm.. redah je lah. Angkat tangan panggil waiter (Padahal, tekan buzzer kat tepi tu yang tulis CALL =p) . Haa, nampak sangat jakun yang pertama kan? Waiter pun datang. "Okay, saya nak order air ice lemonade, ice blackcurrant lemon." Pastu nak makan yang ni (tangan tunjuk kat menu) sebab tak reti sebut.

Okeh, selamat dah.

"B, camane nak amek sushi yang gerak-gerak atas ni? "

" Hmmm, ntahh. (gelak-gelak) "

" Oke, tengok orang lain dulu "

Jiran sebelah amek jer kat atas conveyor  begerak tuh. Pastu ada signage sila letak balik tutup pinggan atas ni kalau tak nanti susah nak kemas.

Ooo, senang je. Amek je lah yang mana aku rasa agak-agak cute dan cantik. Pastu baru la ada belog yang review cakap harga beza ikut kaler pinggan. Cesss. Aku dah terambik yang mahal sebab tergoda dengan kekiutan sushi tu. RM 4.







At the end, we olls makan 4 pinggan sushi, satu main course, 2 air. Bill? Mak aih, boleh tahan. RM 40.72. Bankrup la kalo hari-hari makan kat Sushi King T_T



Kesimpulan:

Cara-cara nak makan di sushi king

1. Pas dapat tempat duduk, tekan je buzzer call untuk order, tu pun kalau nak order dari buku menu.
2. Kalau nak makan sushi yang bergerak, sila rembat je pinggan kecik yang bergerak tu, tapi kalau ko nak makan bajet-bajet, tengoklah dulu guide harga ikut kaler pinggan.Tapi biasanya makin mahal, makin sedap. Ada kicap jugak kat meja tu kalau nak cicah bagi rasa masin sikit.

Biru:  RM 2
Beige: RM 3
Pink RM 4
Red RM 5
Purple RM 6

3. Letak balik penutup pinggan atas tempat yang disediakan atas conveyer tu. Pinggan tu susun la lek lok ikut kaler.Senang nk kira.hihi
4. Pas siap makan, tekan buzzer untuk bill. Nanti waiter akan kirakan harga dan bagi bil.
5. Bayar kat kaunter depan.

(kalo nak murah, order je japanese tea.jimat)

 Arigato Gozaimashita!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails