Klik kalau nak tahu selanjutnya

Manfaat mandi bunga dan mandi daun

 Hari ini saya menulis sambil mengadap TV 3, nonton Wanita Hari Ini dengan tajuk yang best untuk perempuan sekalian,iaitu mandi bunga dan mandi daun.Erk,jangan salah faham.Mandi bunga yang diorang maksudkan ni bukan mandi bunga yang syirik atau kepercayaan yang bertentangan dengan islam ye (tkade jampi serapah apa-apa yea, bak kata artis Izreen Azminda) .Yang ini mandi bunga untuk menambah aura,seri wanita tersebut.Bukan sahaja wanita, laki-laki pun boleh =)

 image source : google

Khasiat mandi daun
  • Memulihkan tenaga ibu bersalin yang hilang
  • Membaik pulih rahim dan luka dalaman 
  • Lepas direbus,boleh minum,kerana menyerap dalam salur darah dll
  • Membanyakkan air susu
  • Menghilangkan kurap kayap,kecantikan kulit
Bila nak mandi?
Hari-hari mandi sampai abes pantang 44 hari

Daun apa nak guna?

(Daun segar baru petik,aroma keluar tu terasa kesegarannya)
  • Daun sireh
  • Daun lengkuas
  • Daun pandan wangi
  • kiraan ganjil 3 5 7 ubat
  • Daun jerangau gulai?? (erk, x faham daun apa,bunyinya lebih kurang itu la kott)
  • Daun belimbing buluh
  • Daun jambu batu
  • Daun pedulang?? (ni pun sama.. lebih kurang la bunyinya,kalau salah tolong betulkan ye)
  • Daun Seringan badan jadi ringan
  • Daun serai wangi
Cara buat mandian:
  1. Semua daun digabung dan ikat,lilit dengan daun serai sebab daun serai ni panjang
  2. Rebus 30 minit
  3. Boleh buat mandi auat minum

Mandi bunga
  • Sehari sebelum ijab kabul
  • Untuk kesegaran,buang toksin,bagi tenaga pada bakal pengantin
  • Bagi lelaki,sikit sahaja bilangan bunga
  • Curah air mula dari kaki,telapak kaki,untuk buang toksin dan naik ke atas,kepala last yea.So,keluar toksik dari kaki,tenaga naik ke kepala
  • Mandi di siang hari ye
  • Minum jasmine tea lepas mandi bunga,rendam jasmine sikit dalam tea tu

Hahaaa,itu je yang dapat telinga saya tangkap.Harap itu dah cukup untuk bagi info pasal mandi bunga dan mandi daun yea! Semoga diri lebih berseri lepas ni =)

Resepi Puding Roti Sedap with Chocolate Sauce

Kenapa nama post ni Resepi Puding Roti Sedap? Sebenarnya saya nak tambah title post ni as "Resepi Puding Roti Kalau Buat Memang Menjadi Sedap ".Tapi macam panjang sangat la pulak kan..Terkojut Encik Google nanti,apakejadah kaw meletakkan title post panjang-panjang dengan harapan keyword resepi puding roti akan terletak di page pertama Google? *abaikan...

Resepi Puding Roti: 
(gambar takde,tak sempat ambik lagi dah licin)


Bahan-bahan:

4 biji telur ayam
5 keping roti Gardenia
1 tin susu cair Cap Ideal
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu butter (saya guna Dorina)
Dulang pembakar 25cm x 15cm

Sos Chocolate:

Van Houten Chocolate
Susu pekat manis
Air panas
1 sudu Tepung jagung

Cara-cara:

1.Sapukan butter pada dulang pembakar.Kiri kanan dalam semua sapu yea,jangan malas yea anak-anak..
2.Carik-carikkan roti Gardenia mengikut bentuk kesukaan anda.Kalau terer,buatla bentuk bintang ke..
3.Sapu sedikit butter atas roti Gardenia yang dicarik tadi
4.Dalam bekas lain,masukkan telur,esen vanilla dan gula.Gunakan pemukul telur yang boleh dibeli dikedai RM2 itu,pukul sehingga sebati.
5.Masukkan susu cair (susu je,tin jangan masuk sekali yea anak-anak..) kedalam bancuhan telur tadi.Pukul hingga gebu.
6.Curahkan ke dalam dulang pembakar.Bakarpada suhu 150 darjah celcius,selama 30 minit api atas bawah,tambahan 10 minit lagi guna api bawah sahaja.

Sos Chocolate:

1.Mix Van Houten Choc,air panas dan susu pekat manis bersama.Buat ala-ala air choc.
2.Masukkan dalm frying pan non stick dan masukkan tepung jagung.
3.Kacau hingga sebati sampai sedikit pekat.Siap!

Selamat Mencuba!

jom excercise

Nasi Goreng Paprik Lazat

Sesiapa yang pernah ke Kota Bharu,mungkin pernah mencuba hidangan di Restoran Wau,berhampiran dengan Hotel 5 star tepi Sungai Kelantan (err,lupa apakah nama hotel itu) Short term memory T_T

Restoran tu menggunakan warna putih sebagai tema,nampak so classy.Makanan pun sedap.Menu yang disediakan banyak jugak.Saya and family makan ini :

 3 Layer Tea Ice

 Carrot Susu

 Nasi Goreng Paprik

 Sup Daging

Nasi Goreng Cina


Sedapp! Wallawehh.Korang kena cuba =)

Membeli belah di The Pop Look

Saya teringin nak beli dress.As far as i know,the pop look offers banyak pilihan dress yang cantik-cantik,labuh dan longgar.Sesuai sangat untuk yang bertubuh pear-shaped kann...

Nak yg ni?


atau yg ini?


atau yg ini pulak?


*Tekun berfikir merenung jauh kehadapan sampai tembus laptop .

*Kepala otak berputar ligat nak pilih yang mana satu yang sesuai dipakai.supaya tidak kelihatan seperti nangka yang dibarut

Okay,i choose the first one.Sebab saya nak match kan dengan braided cardigan from Butik Comey Sokmo


Can't wait!

Sambal goreng kentang dan ikan bilis dan tauhu dan...

Tadi aku buat kuey teow goreng.Ada pulak lebihan tauhu.FYI,tauhu ni bukan boleh simpan lama sangat,nanti masam.Cek punya cek,ada la kentang,ikan bilis dan kacang.So sy try la buat resepi ni first time.Saya cedok resepi kat Cik Tom ,tapi ubah suai sikit



Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang
Segenggam ikan bilis kering (yang sudah dibersihkan)
1 keping Tauhu 
2 keping Tempe
1/2 cawan kacang tanah kacang tanah (sukati nak buang kulit or tak)
3 labu bawang merah + 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 sudu besar cili boh
1/2 sudu kecil garam (kalau guna ikan bilis masin,tak payah letak pun takpe)
1/2 sudu kecil gula (kalau tak cukup,pepandai adjust yea!)
Asam Jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

*Kalau nak kering,tumbuk je bawang.Jangan blend.

Bahan-bahan kering yang digoreng;
Kentang (dihiris nipis, rendam didalam air yang dicampur 1 sudu teh garam. Rendam selama 15 minit, dan gorengkan sehingga warna kekuningan)
Ikan Bilis (digoreng garing)
Kacang Tanah (digoreng garing)
Tauhu  (digoreng garing)
Tempe  (digoreng garing)

Cara-cara:
1. Goreng bahan-bahan kering untuk digoreng (kentang, ikan bilis dan kacang) berasingan sehingga betul-betul garing supaya bila dicampurkan dengan sambal ia akan rangup dan tidak lembik.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya baunya tidak maung.
4.  Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa.
5. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap.
6. Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan kentang yang telah digoreng garing ke dalam kuali. Perlahankan api dan gaul rata biar sambal betul-betul kering barulah boleh diangkat. (jangan terlalu lama bagi mengelakkan ikan bilis menjadi liat)

**Sambal tu, kalau dimasak betul2 kering, boleh disimpan sehingga 1-2 minggu.Erm,tapi kalau campo tempe dan tauhu,tak tahu boleh simpan lama ke tak...Ada sape-sape tau?

How to love someone

Have you ever fall in love with someone?



Yes, i am.

Saya nak share sikit tips bercinta:

"I give you my heart, please don’t hurt it, cos if u do, i will die" -Anonymus

-Don't give him 100%.But love him the way he is.Kalau bagi lebih-lebih,orang kata diri sendiri yang merana.Is it true?

"What is love?………. Love is friendship. If you can’t be my best friend, then you can’t be my love" -Anonymus

-Try to be his friend.Coz kadang-kadang,we need to spent time together and understand each other macam kawan-kawan (termasuk hubby sendiri)

"Love does not begin and end the way we seem to think it does. Love is a battle, love is a war; love is a growing up" -James A.Baldwin

-Gaduh-gaduh tu mesti ada,kita kan manusia biasa.Cuma cara penyelesaian tu kena la tepat dan matang.Lagipun selalu kena bertolak ansur.Okeh?

p/s:Ada tips lain?Boleh share sama-sama..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails