Klik kalau nak tahu selanjutnya

Resepi Puding Roti Sedap with Chocolate Sauce

Kenapa nama post ni Resepi Puding Roti Sedap? Sebenarnya saya nak tambah title post ni as "Resepi Puding Roti Kalau Buat Memang Menjadi Sedap ".Tapi macam panjang sangat la pulak kan..Terkojut Encik Google nanti,apakejadah kaw meletakkan title post panjang-panjang dengan harapan keyword resepi puding roti akan terletak di page pertama Google? *abaikan...

Resepi Puding Roti: 
(gambar takde,tak sempat ambik lagi dah licin)


Bahan-bahan:

4 biji telur ayam
5 keping roti Gardenia
1 tin susu cair Cap Ideal
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu butter (saya guna Dorina)
Dulang pembakar 25cm x 15cm

Sos Chocolate:

Van Houten Chocolate
Susu pekat manis
Air panas
1 sudu Tepung jagung

Cara-cara:

1.Sapukan butter pada dulang pembakar.Kiri kanan dalam semua sapu yea,jangan malas yea anak-anak..
2.Carik-carikkan roti Gardenia mengikut bentuk kesukaan anda.Kalau terer,buatla bentuk bintang ke..
3.Sapu sedikit butter atas roti Gardenia yang dicarik tadi
4.Dalam bekas lain,masukkan telur,esen vanilla dan gula.Gunakan pemukul telur yang boleh dibeli dikedai RM2 itu,pukul sehingga sebati.
5.Masukkan susu cair (susu je,tin jangan masuk sekali yea anak-anak..) kedalam bancuhan telur tadi.Pukul hingga gebu.
6.Curahkan ke dalam dulang pembakar.Bakarpada suhu 150 darjah celcius,selama 30 minit api atas bawah,tambahan 10 minit lagi guna api bawah sahaja.

Sos Chocolate:

1.Mix Van Houten Choc,air panas dan susu pekat manis bersama.Buat ala-ala air choc.
2.Masukkan dalm frying pan non stick dan masukkan tepung jagung.
3.Kacau hingga sebati sampai sedikit pekat.Siap!

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails