Klik kalau nak tahu selanjutnya

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tips kecantikan Puteri Sarah



1.Mengunyah tomato dan lobak merah.Sambil tengok tv pun boleh habiskan tomato taw!
-->erm,rasanya,kalau kita-kita kan,mesti kunyah pop corn @ keropok @ kerepek pisang depan tv.Mana tak gemuk,haiihhh...

2.Ambil jamu dalam bentuk kapsul.Setiap hari jamu jenis lain-lain.
-->Wahh,macam jamu ala mustika ratu je!Ape namanya tu,perawatan putri remaja ?terbalik plak eja..



3.Biarkan rambut kering sendiri lepas shampoo.Tak guna iron pun.

Produk melebatkan rambut

Salah satu produk melebatkan dan menghitamkan rambut ialah Minyak Cem Ceman keluaran Sari Ayu atau Mustika Ratu (saya baru beli semalam =p ) .Rupa minyak ni macam kat bawah:

Erm,rupa minyak cem ceman yang saya beli semalam lain sikit, sebab keluaran Sari Ayu..Baunya busuk,sbb macam-macam campuran minyak termasukla minyak kelapa,minyak kemiri (?),minyak kastor (?) ,Sari daun Orang Aring (?)

Ntah minyak dan daun apa semua tu,yang saya kenal,minyak kelapa jew...sebab moyang saya selalu sapu kat rambut..No wonder la.at her age,70 years old,rambut dia kemain hitam dan lebat...jeless i taww..

Gonna try it...hopefully rambut saya akan jadi macam ni:


Berangan la kau.. =p

cara mengurangkan senggugut (not sesungut ok =p)

Cara mengurangkan senggugut ni saya dapat dr Mr. GOOGLE.Tapi,ada setengah cara,saya dah cuba..let's see :

1.Evening Primrose Oil---> 1st rank coz it works for me!

2.Chocolate--->Sometimes work,sometimes didn't..atau adakah rasa coklat yang sedap itu buat saya lupa diri sedang sakit??

3.Susu--->Sama jugak,kadang-kadang berkesan...

4.Exercise??-->tak larat den nak exercise time period pain..tergolek gedebuShh nanti.. T_T

5.Lightly massage your abdomen--->Em,tekan-tekan perut ade laa..proper massage memang tak buat

6.Avoid Caffeine--->hmm,saya tak boleh tinggal kopi walaupun untuk sehari,and i took sugarless tea (buat pahit-pahit) untuk counter the pain..haha..itu petua dari saya =p

7.Painkillers-->of course berkesan,tapi saya tak nak ajar diri saya makan painkiller sangat,sebab it's not good for your liver..risau jadi liver toxicity pulak kalau berkumpul banyak sangat...ambek time high level of pain je..

8.OCP--->Ohh,tak mahu ambek OCP.Walaupun mungkin berkesan untuk merubah/mengawal paras hormon,tapi saya lebih suka untuk try cara lain..

9.Hot towel/heating pad--->erm,belum penah cuba.Tapi kawan saya kata,berkesan untuk dia!

10.Ambil makanan berserat tinggi--->Encik WikiHow kata,serat yang tinggi boleh membantu dalam cleansing the body from the excess estrogen..belum pernah cuba..

Psst!Korang ada cara lain yang lebih unik atau petua mak nenek moyang yang boleh share?

Bibir hitam....tolong!!!

Kenapa bibir jadi hitam?
~lipstick allergies,Coffee, tea, smoking, sun exposure, general allergies, lip sucking...


Cara mencegah bibir jadi hitam
~make sure pakai lipstick dari brand yang dah satbil kat pasaran (kalo boleh,yg branded)
~make sure lipstick tak lebih tarikh luput
~bersihkan bibir dengan susu pembersih/make up cleanser
~scrub bibir


Petua memerahkan bibir
~hmm...ader yg kata letak air daun sireh kat bibir,ade yg kata tempek halia kat bibir,ade yang sapu majerin kat bibir sebelum tido...tapi saya setuju ngan letak madu kat bibir before tido...bibir jadi merah dan lembap..semut xde la plak hurung masa tidor...hehe..

more tips about lips here..

Petua kecantikan tradisional




~Petua melicinkan dan melembutkan kulit

Susu tepung bayi dicampur dengan madu, dibancuh pekat dengan air. Lumurkan pada wajah atau badan.Biarkan selama 5-10 minit. Selepas itu,dengan membaca selawat 3 kali,cuci muka atau badan dengan air suam. Amalkan seminggu sekali sahaja....

~Petua menghilangkan parut

1. Mule2 campurkan asam jawa ngn tepung ubi.gaul sebati. kemudian campurkan sedikit air(agak2 bhn 2 leh disapu di kawasan parut). Sapukan di bhgn parut pd setiap mlm,biarkan smp esok pg br cuci. InsyaAllah, bekas parut akn semakin pudar dan hilang.Rajin2la sapu kalo nk cantik kn..

2. Bila makan pisang tu, kulitnya jgn di buang. kulit pisang di gosokkan pada kulit yang bermasalah (parut atau kering) amalkan.. lelama hilang parut tu. caaaya lah...

~Petua menurunkan semula berat badan

Amalkan minum satu sudu olive oil...100%pure pada setiap pagi.Setengah jam kemudian baru bersarapan dan minum .

~Peua melicinkan kulit muka tak sekata dan kusam

Bhn2: Putih telur + 1 lapis tisu muka

Kluarkan putih telur.. pastu amik tisu muka .. kan dia ada 2 lapis.. kuarkan 1 lapis aje. Kemudian gunting tisu tu mengikut bentuk yg anda nak tampal kat muka nanti. Pastu sapu putih telur tu kat muka dan tampalkan tisu tadi satu persatu.
Part yang paling best bila dah kering.. anda peel perlahan2.. dan nampak kat tisu tu cam berduri2..muka pon rasa tegang dan segar...

~Petua mengurangkan kedut

Masa bangun dr tdo pas kumur-kumur tu, tepuk-tpuk bawah dagu tu, pastu urut keatas sambil bace selawat 3 kali. pastu kat dahi tu tarik dari tgh dahi tu ketepi.

~Petua Kekal Langsing

Minum secawan teh cina(hijau) bersama limau nipis atau kasturi.Amalkan setiap bgn pagi, makan tgh hari,makan malam atau sebelum masuk tido.Dalam seminggu, Insya Allah berkesan..

~Petua membuang angin

Masukkan sesudu besar jintan manis dan seinci halia ke dalam periuk dan rebus sehingga
menggelegak beberapa kali..kalo nak masa...dalam 10-15 minit..Dah suam..baru
minum...dalam 4-6 bulan leh nampak kot kesannya..bergantung kepada badan asal
pengamal..sehari sekali minum pun da cukup....mula2 minum..angin byk kuar tau...

~Petua menegangkan kulit dan menghilangkan jerawat


Rebus segenggam manjakani.Biar sampai menggelegak dan pekat.Lebih elok jika direbus dalam periuk tanah. Bila dah suam,sapu je ke muka. Bila dah kering,baru cuci.

Your skin loves.....Your skin hates....




LOVES:

1.Tomato-Tomato mengandungi lycopene yg berfungsi sebagai sunblock dalaman.Ia meningkatkan sun protective actors dalam kulit anda.Kangkung dan teh juga mempunyai fungsi yg sama deperti tomato

2.Air-Kulit boleh menjadi kusam akibat sel-sel mengandungi toksin yg banyak.Oleh itu,air diperlukan untuk menghilangkan toksin pada sel-sel tersebut,membasahi kulit dan membenarkan nutrient sampai ke sel kulit.Oleh itu kulit akan menjadi lebih bersih dan berseri

3.Walnut-mengandungi asid lemak omega 3.Fungsinya juga adalah untuk membantu sel kulit menyingkirkan toksin dgn sendirinya

4.Hasil tenusu-Kaya dengan Vitamin A yg bgs untuk meningkatkan imunity dan mencegah jerawat.Ia juga dapat melembabkan kulit dan bibir anda

5.Vitamin C-diperlukan untuk menguatkan jaringan kolagen pada kulit.Buah-buahan yg kaya dgn Vit C adalah oren,jambu batu,lemon dan nenas

HATES:

1.Diet segera-ini adalah kerana crash diet yg diambil biasanya mengandungi kurang nutrien yg diperlukan oleh kulit
2.Gula-menyebabkan pembesaran liang roma..Pengambilan gula belebihan juga akan meningkatkan kalori anda

RAHSIA KECANTIKAN AISHWARYA RAI




Siapa kata artis terkenal Bollywood ini hanya mementingkan jenama semata-mata dalam penjagaan kecantikan?Aish sebenarnya lebih suka mengamalkan natural ingredients untuk kecantikan beliau..JOmm tgk!

1.Menggunakan timun untuk melicinkan kulit
2.Gram flour to exfoliate..Cara-cara??

1 spoon gram flour
1 pinch turmeric
-add yoghurt or milk or water to make paste
-apply for 15 minutes and then wash off

3.Minum sekurang-kurangnye 8 gelas air kosong sehari

Watch out for Breast cancer!




Td pi talk about breast cancer..Doc pakar gtaw,most of the women yg ada breast cancer biasanya from genetic,tp high risk group adalah women yang obes or yg ambil pil perancang or yang buat hormon replacement therapy...

The doc said,Tuhan dah menjadikan wanita sbg insan yg istimewa...dan breast jugak di jadikan mempunyai peranan tertentu...

Walaupun the connection between obesity and breast cancer still blur,tp mmg kebanyakan wanita yg ada breast cancer adalah obes...

Yg pasal pil perancang or human replacement therapy (HRT),maybe sbb hormon normal wanita dh x stable bile asek berubah-ubah...ye la,mane taknye,kedua-dua cara td kn melibatkan perubahan hormon estrogen dan progesteron..so maybe boleh increase the risk of the cancer itself...

Em...bab peranan breast plak,the doc said,breastfeeding can reduce the risk of breast cancer...generally mcm tu lah...just sharing the basic info wif u guys..

Petua untuk mata rabun atau mata letih




1.Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D
-kangkung,carrot
-Buah buahan seperti epal,mangga,betik

2.Lakukan urutan mata:
1.Titik akupuntur: -kening
-tengah kening
-antara 2 kening
-hujung mata
-bawah mata

Mulakan urutan dari tengah kening ke tengah,hujung mata dan ke bawah mata,macam urutan separa bulat gitu..Ini adalah untuk melancarkan peredaran darah ke mata

2.Tutup kedua-dua belah mata.Letak jari telunjuk dah jari tengah pada tengah-tengah mata,dan tekan dengan lembut.Ini adalah untuk mengurangkan regangan otot mata.Kalau buat masa mata penat ngadap komputer,bagus jugak ni..

3.Minyak zaitun (olive oil),Vitamin E oil or Almond oil di sapukan pada keliling mata,dan urut mata pada titik akupuntur tadi.Nak guna krim mata pun boleh jugak..

3.Ambil Eye Supplement yang mengandungi Billberry,Lutein or supplement lain,contohnye:

Yves Saint Laurent Temps Majeur Yeux Intensive Skin Supplement for the Eyes 15ml/0.5oz
Bilberry - Standardized Extract


4.Letakkan uncang teh chamomile pada mata

5.Rendam carrot dalam air panas dan tinggalkan beberapa minit.Minum air tersebut 3 kali sehari sebelum makan

6.Rendam kapas dalam air sejuk atau air mawar,dan letak pada mata

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails