Klik kalau nak tahu selanjutnya

Review: The Pop Look Perry Pants

Hye hye bye bye! Semenjak seluar hitam menjadi pudar dek kekangan hujan panas bawak pergi kerja tiap hari, maka terpaksalah daku mencari seluar ganti. Maka .... (maka lagi, gemar sangat guna perkataan maka) Marker (ubah stail ejaan je padahal) disebabkan hobi aku ni meng GOOGLE maka terserempaklah dengan The Pop Look Perry Pants


Review: 

Material sangat selesa di pakai, sejuk je. Style kembang cenggini of coz tak melekat kat peha cam kain lycra tu. Geli eh lekat lekat ni.  tak suka sexy mexy youu... Maybe sebab ada pleated jugak yang sebabkan ia tak melekat. However, sebab saya pendek kecik comells maka musti kependekan kekecikan lagi terserlah bila pakai seluar ala palazzo ni. Solution, pakai dengan hell heels baru tampak cun bergaya wahwah gitu. Lagi satu, seluar ni walaupun simple, tapi tampak bergaya macam retis barat yang ala-ala up to date. Tak caye?



Maria Fowler in Palazzo Pants

Kourtney Kardashians in Palazzo pants.
Waahh, sebijik cam Perry Pants taw! Nanti kalau terserempak aku kat tepi jalan, mesti korang takkan tegur sebab ingatkan aku ni Kourtney Kardashians pakai tudung. Muahahaha

Rating: 4.8/5.0
Harga: RM 69 + RM 7 postage = RM 76
Will buy again? Definitely!

Sebarkan semangat Ramadan bersama Coke

Di suatu tengahari ramadan yang sangat panas terik itu, me and hubby nonton tv. Tup tup keluar iklan Coke yang ada gelas berisi ais, bila tuang ada bunyi pssssssssssssssss . Tekak kitorang ni telan air liur laju-laju. Mak aih, dengan angle gambar ais, dengan bunyi ais, tuang dalam gelas bunyi psssssss,ada buih-buih terus psiko. Psiko sebab tengahari nan panas dan tetengah mid day pose. Nafsu menge COKE terus ada.

Hubby:  Sedapnya nampak air Coke ni..
Me: (Dalam hati, jap gi mesti dia ajak beli coke buat buka)
Hubby lagi: Petang ni jom minum Coke?
Me: Dah agak dah.. hebat tol Coke buat iklan, details dia tu memang la buat orang terliur ketak ketak

Haa.nampak tak. Nampak tak semangat ramadan bersama coke telah tersebar?

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang semangat ramadan bersama coke, boleh la klik iklan COKE kat atas blog ni
Barulah meriah ramadan gitu.

Jus anggur resepi kecantikan

Dale peti kito ado buoh anggur dok abih lagi. Bebulan puasa ni rasa macam tak larat bebenor nak memetik sebijik anggur di dalam peti ais sekadar sesuap nasi. Daripada dibiarkan memburuk begitu sahaja, baiklah kita menukar kepada menu yang wajibun di ambik semasa berbuka puasa. Jus anggur namanya. Jangan terjekut 



Ramai yang dah tahu anggur ni banyak baguih untuk anti penuaan. Makanya, muka ku yang hampir retak seribu akibat kedutan yang menguasai perlulah dicantumkan kembali oleh collagen dan anti oksidan yang ada dalam anggur ini.

Senarai antioksida yang ada dalam anggur:

1. RESVERATROL
2. PICEATANNOL
3. PTEROSTILBENE
4. CATECHINS
5. EPICATECHINS
6. PROCYANIDINS
7. PROANTHOCYANIDINS
8. VINIFERONES
9. BETA-CAROTENE
10. LUTEIN
11. ZEAXANTHIN
12. CAFFEIC ACID
13. COUMARIC ACID
14. FERULIC ACID
15. GALLIC ACID
16. KAEMPFEROL
17. MYRICETIN
18. ISORHAMNETIN
19. MELATONIN

Hamek kau. 19 in 1.Lain kali tak payah beli 3 in 1 lagi. Moh memudakan diri sendiri menggunakan jus anggur. Sekali kau makan taklah esok muda terus. Itu dah bak nenek kebayan berubah menjadi puteri gunung ledang.


Resepi Jus anggur:

Black Grapes - 2 cups
Lemon juice - from 1/2 a lemon
Sugar - 1/4 cup (adjust accordingly)
Water - as needed
Icecubes - 10 to 12

1. Blend anggur tersebut sahaja. Jangan di blend skali tangkai yang ada. Kalau anda rasa lebih muda lepas minum tangkai anggur, tinggal komen kat bawah

2. Tapiskan serdak-serdak anggur. Nak minum yang berserdak lagi bagus. Tambah awet muda.

3.Perah lemon dan masukkan gula dan ais. Ejas secukup rasa

Tips berseri di hari raya

Alangkah seronoknya kalau kite tampak berseri di hari raya. Dari jauh nampak *ting shiny suci putih bersih.
Ahaaa, kalau nak nampak berseri, nampak gayanya kenalah start dari sekarang!

1. Amalan selepas Isyak

Haa, balik dari terawih tu, cecepat ambik air masak segelas. Karang dah lepak depan tv atau kat sofa empuk tu, terus hilang kat dunia nyata dah. Masuk alam mimpi sampai esok pagi. Ni antara cara yang paling senang, sebab Surah Al Waqiah tu kan sokmo dah kita baca, so mesti la ingat kan?

Cara:
Dilakukan selepas solat Isyak

·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
Surah al-waqiah ayat 35 -38
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
 
2. Facemask
 
 Yang ni baru buat malam tadi, tempek kat muka. Oatmeal madu delima mask. Hey jimat taw dari beli kat kedai. Dah la tetengah bulan ni, bajet untuk sopim raya lagi, hado ko bajet untuk muka? Mesti dah lari kan ? Jadi ada baiknya kita berjimat dan buat masker sendiri kat rumah. Natural beauty kaw!

Ada lagi beberapa jenis mask yang kita boleh terai. View sini ye :

15 Herbal Beauty Tips For Glowing Skin

3. Mandian 
 
Eeh, kan ker bulan pose ni. Mane boleh berendam lelama macam badak air. Hmm, apa kata buat after buka pose? Takbleh jugak, sebab perut tengah sarat mengandungkan makanan...
 
Anyway, sesiapa yang ada perfect timing yang nak amalkan herbal bath ni, boleh singgah ke sini:
 
 
Hebat lah dia ada banyak resipi untuk mandian, bukan takat mandi bunga dan mandi susu, semua jenis mandi ada. Kuih puteri mandi takde okeh. Harap maaf 


4. Ketenangan jiwa


Muka orang yang kusut jiwa kacau sangatlah berbeza dengan yang tenang dan bahagia. Maka kita perlulah mendekatkan diri dengan pencipta yang Maha Esa


Tahajjud, Sedekah, Senyum, Solat Dhuha, Istighfar, Selawat, Zikir, Membaca Al Quran, Wuduk


Dan tak kurang pentingnya ialah DOA!!


Tak salah kan kalau kita doa, Ya Allah, sempurnakanlah diriku dan tingkatkanlah imanku, serikanlah wajahku untuk suamiku dll. Yang penting istiqamah dan sentiasa percaya pada pencipta kita.



Review produk : Sunsilk CnF

Eh eh Nuffnang ada bagi BE Sunsilk CnF kat cheq la.. Cam tetaw je aku guna Sunsilk CnF ni kan. Ehem. 


Kalau sapa ada beli Majalah NUR bulan ni, kat page belakang dapat free sample Sunsilk CnF. Haaa, suke benda free kan? kan? Eh tanak mengaku pulak tetiba. Bulan pose ni, tak baik tipu. Dosa. 

Review:  
Saya guna ni lepas pakai Almond Oil for Hair.


Likes:
1. Rasa kesegaran aka fresh lepas guna Sunsilk CnF ni. Kepala rasa ringan je, rambut pun  lembut.
2.Bau citrus yang menyegarkan!

Berita baik untuk Hijabista yang berwajah cantek dan komersial gitu serta konfiden yang amat. Peluang nak jadi Peragawati Hijabi dah ada depan mata dengan Sunsilk CnF!



Dan boleh juga tonton Program Hijabista bersama sunsilk kat Astro 104!
For more info, boleh klik iklan Sunsilk kat atas atau LIKE FB: https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia

Resepi sahur mudah : Roti telur bersusu (Roti celup telur bersusu)

Bab sahur ni, memang la payah nak cakap. Kalau tak sahur, lapar terus sepanjang hari. Nak celik mata bangun sahur, punya lah macam atas kelopak mata tu ada batu bertan-tan. Tak terangkat kottt!!

Nak bangun dan masak? Aiihh.Tu lagi berat. Kecuali anda seorang yang memang kena makan menu berat or ada tanggungjawab pada suami dan anak-anak =)

Apapun, kalau dah tinggal 15-30 minit waktu sahur, terpaksalah buat sahur ala kadar tapi sedap.


ROTI TELUR

Bahan-bahan:

2 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis (boleh kurangkan jika tak suka manis)
8 slice Roti putih (potong tengah)
1 sudu besar mentega/butter

Psttt:- boleh adjust sukatan, sebab telur ayam awak dengan telur ayam saya tak sama besar

Cara-cara:

1. Mix kan semua bahan tadi (kecuali roti) kedalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
2. Panaskan frying pan dan masukkan sedikit mentega
3. Celup roti dalam bancuhan telur-susu dan goreng sampai kekuningan.

Note: Rasa lemak manis susu akan di balance kan oleh lemak masin mentega. So, inilah resepi sahur yang cepat, mudah dan sedap!





Resepi berbuka: Terung Balado

Lepas dah beberapa kali pekena terung balado kat Wong Solo, rasa teringin plulak nak buat sendiri. Bukan ke susah payah nak merentasi 2 negeri semata-mata nak berbuka kat Wong Solo? So, setelah digodek-godek resepi dari Indonesia dan combine dengan rasa terung balado yang masih segar dalam ingatan - Ceewaahhhh jiwang gitu-  haruslah ujian ciptarasa dilakukan dan hasilnyaaaaa....... SEDAP CHEF MICHAEL! Meh saya tunjukkan teknik hebat saya itu:



Resepi: Terung Balado

Bahan-bahan ( 1-2 orang )
  • 1 Terung panjang (potong dan goreng sehingga kuning kecoklatan)
  • 1-2 helai Daun salam
  • 1-2 helai daun limau purut
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam, gula, kicap manis
 Blend/tumbuk:

4 ulas bawang merah (saya guna yang jenis besar, so 'bumbu' nya banyak skali dong!)
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah besar
2 tangkai cili padi (jika suka pedas)
1 sudu cili kisar (cili boh) - jika suka
1/2  buah tomato merah
1/4 sdt belacan bakar
2 biji buah keras

Cara-cara
  1. Tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan. 
  2. Masukkan daun salam dan daun limau purut (koyakkan atau hiriskan dulu). Perasakan garam dan gula (boleh tambah sedikit kicap manis).
  3. Masukkan terung dan kacau hingga sekata.Angkat dan hidangkan.
  4. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung.

Resepi sahur mudah: Ayam Tandoori

Mudahnye kedengaran sahur dengan ayam tandoori. Haaa, tu la yang ramai tak tahu betapa senangnya nak buat ayam tandoori ni. Dan dan buat untuk sahur, mudah la sangat. Tak perlulah nak ke mamak pepagi buta sempena nak menikmati Ayam Tandoori itu.

Jom ikuti tutorial resepi sahur mudah ayam tandoori ni:

 1. Lepas cuci bersih ayam, masukkan ayam dalam plastik perapan (compatible untuk bahan makanan) dan masukkan rempah ayam tandoori

 2. Gaulkan sampai rata. Simpan dalam peti ais

3. Pagi sok bangun sahur, masukkan dalam oven agak-agak suhu 30 minit 250 c, atau boleh goreng (deep fried). 

Tadaaaa!!! Dah siap! Mudah kan? Rempah ni sedap tau. Kalau nak order, boleh sms ke 019-6946636. Nanti saya akan poskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails