Masa: 15 minit
BAHAN-BAHAN: 
BAHAN A (perap):
  •  Ayam | dipotong kecil
  • 1 sudu kecil rempah kari
  • Kunyit
  • Daun salam
  • Garam
  • 1 cm Halia cincang
BAHAN B (untuk menggoreng):
  • 2 biji bawang merah besar | dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih | dimayang
  • 4 tangkai cili padi |dihiris
  • Daun kari
  • 1 ulas bawang besar holland (dimayang)
  • Chili flakes
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Lemon/limau nipis

CARA MEMASAK:

1. Masukkan ayam dalam kuali bersama sedikit air. Tutup kuali dan biarkan ayam sehingga agak masak dan air kering.
2. Kemudian, masukkan minyak dan tumis bawang merah, bawang besar serta bawang putih sehingga layu.
3. Seterusnya masukkan cili padi dan daun kari.Kacau rata.
4. Perasakan dengan kicap manis dan kicap masin
5. Setelah itu masukkan chili flakes Kacau sebati.
6. Biarkan sehingga agak garing
7. Angkat dan sedia untuk dimakan.