Klik kalau nak tahu selanjutnya

Tutorial Make up untuk hari raya

Ingin nampak cantik dengan gaya bersederhana tak maw nampak over? Jom try mekap ala nude, no make up make up ni.Nampak natural, just add  some make up untuk menyerlahkan natural beauty korang je.

Sempena hari raya Aidilfitri yang mulia ini, saya memohon ampun sekiranya ada terkasar bahasa dalam belog ini,yang menyinggung perasaan atau mengambil kata-kata atau gambar tanpa kebenaran (but i put your link below, so it's fair right? coz i just wanna share your awesome adorable opinion and photos) no kecik-kecik hati okay?

I guess tutorial make up ni sangat sesuai untuk mekap hari raya yang tak over dan looks natural.Try it!


Shopping raya at QOMA and Sugarscarf

Untuk raya tahun ni, saya baru sempat beli tudung raya semalam.Semalam isi borang, semalam juga bayar kat online shop ni.Memang plan dari awal nak pakai shawl beads, ala meriah gitew. Mula-mula berangan nak dapatkan Shawl Shasmeen from Radiusite:

 Tapi almklumla, bagi saya yang jenis malas nak menunggu depan laptop untuk book,memang tak sempat.Seminit dua dah terus sold out.Memang raya ni satu Malaysia pakai Shawl Shasmeen Radiusite ni.Fenomena baru from Ika (she's so cute actually!)

Saya order Sofia from Sugarscarfbyriqa :

Sofia (nama hijab ni, bukan nama model ni yea)

dan Inner Neck Amra'a from QOMA sebab tergoda dengan kata-kata promosi mereka " inner neck paling perfect kami pernah keluarkan . :) Inner ne menjadi tudung rasmi untuk majlis nikah & majlis sanding si cantik manis blogger terkenal Irine Nadia Marcello Dot Blogspot. ". Amacam, anda tergoda tak?


Pssttt, Anda shopping online apa untuk raya tahun ni?

Iklan raya sedih from BERNAS



Touching.... T_T

Petua kecantikan: Cara nak tahu anda cantik atau tidak

Cantikkah anda? Pernah tak tanya diri sendiri korang cantik ke tak?Kalau korang rasa korang cantik, bagus,itu kompiden namanya! Kalau cakap tak cantik, ada masaalah disitu yang korang harus tangani segera sebelum merebak lagi parah.Jom cermin diri masing-masing.Petua kecantikan ni ialah macam mana korang nak tahu korang cantik ke tak,gayanya sesuai atau tidak,pemakaian dll.


Mudah saje sayang oii.. tanyalah kepada lelaki yang paling rapat dengan korang,yang setiap hari tengok korang dengan make up atau tidak.


Lelaki pertama: 

Ehemm,bagi yang dah berkahwin,cuba tanya suami korang.'Abang,ayang cantik tak?'
Jangan tanya masa lepas bangun tidur dengan air liur basi melekat dipipi dan rambut serabai! Sebab si suami akan kata dalam hati, 'buang tebiat ke bini aku.Kompemlah tak cantik' .Kalau encek suami kata cantik, tipu namanya.hehe.Encek suami ialah orang yang terbaik untuk bagi guide cara korang berpakaian,style tu seswai atau idok.Mintakla dia berterus terang,tapi korang kene ready,jangan sangat kecik hati!

My situation (cerita benar)

"B,saya cantik tak?"
"Cantik,tapi macam minah indon"
"Erkkk,kenapa plakk"
"Sebab sikat rambut leper belah dua kat tengah"
"Erkkk......."

TERUS BERGEGAS KE DEPAN CERMIN!


Lelaki kedua:

Adik lelaki.Kenapa?Sebab beliau seringkali berterus terang atau mengutuk kakaknya kaw-kaw.Tapi,pendapat mereka memang tulus ikhlas.Jangan terkejut kalau diorang dapat bagi pendapat gaya mana yang terbaik untuk korang!

My situation (cerita benar) 

"Adik,okey tak kakak pakai shawl gaya ni"
"Tak.."
"Sebab?"
"Kepala bulat,nampak bulat bulat..."
"Adess..."

SEE! They can be our stylista! Trust them okay.

Resepi Nasi Cendawan

Semalam saya cari resepi nasi yang sedap-sedap sikit.Yela,asyik makan nasi putih je, kekadang bosan jugak.Belek majalah rasa,ada resepi nasi cendawan.Hmm, macam sedap jugak.terus buat untuk buka puasa!
Resepi nasi cendawan ni mudah sangat-sangat.Try la.

Nasi Cendawan
Bahan-bahan:

Beras basmathi (saya guna beras biasa,tapi still sedap)
1/2 tin cendawan butang - di potong kecil
1 cm halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu makan mentega (saya guna Dorina je)
1 sudu besar kicap manis
Lada hitam ditumbuk (saya guna 1 sudu besar sos lada hitam)
Isi ayam (dipotong kecil)
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Panaskan mentega & tumis bawang dan  halia hingga garing.
  2. Masukkan isi ayam.
  3. Masukkan cendawan, sos lada hitam dan kicap manis
  4. Masukkan beras & kacau. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan air secukupnya dan masak macam biasa (saya guna periuk eletrik).
*Saya buat lebih sikit, sebab saya nak goreng untuk sahur.Jadi nasi goreng cendawan.Mudahkan?

Untuk resepi nasi goreng cendawan,just tumbuk lada hitam dan bawang putih (agak-agak la yer,macam buat nasi goreng biasa tu),tumis,letak sosej atau isi ayam,then pecahkan telur.Siap!Resepi mudah untuk wanita yang busy ataupun malas bangun awal untuk masak =p

Resepi sahur mudah

Berapa banyak nak Google dahh.. resepi sahur yang mudah ni memang ramai yang nak cari! Bukan apa, sape la yang rajin sangat nak masak Nasi Beriani Gam dengan Ayam Tandoori tengah-tengah pagi buta ni.Silap-silap sahur pukul 7.Oh no no no...

Saya nak share satu resepi sahur mudah dan cepat yang baru buat pagi tadi.Gambar?Takde kuasa den nak ambek gambar pukul 4.30 tu.Silap-silap cicah kamera dalam gulai ayam.

Resepi telur dadar kacang buncis 

(bukan resepi kacang buncis goreng bertelur yea!)

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/2 ulas bawang besar,dipotong dadu
1/4 biji Capsicum
3-4 batang kacang buncis
Mayonis (saya guna salad dressing,janji ada mayonis)
Garam secukup rasa
Lada sulah
*Cili buat sesiapa yang suka pedas ya

Cara-cara:

1.Mix semua bahan dan pukul sehingga berbuih/ sebati
2.Goreng sampai crispy atau garing.Ermmm, enak di makan bersama sardin dan nasi panas.

Mudah kan resepi sahur ni?Dah cuba,leh la tinggal komen kat sini yea!

Resepi Ayam Masam Manis mudah dan cepat

Dear reader,

Semalam saya nak google resepi ayam panggang kunyit dan sawi cina goreng dengan mushroom shitake.Tapi google pada pukul 4 petang,memang jam my resepi.com! Wawahh,semua wanita bersemangat kental untuk masak lauk pauk untuk bukak puasa! Tahniah ye.

Akhirnya, disebabkan ke'jam'an itu, saya dengan sukarela melangkahkan kaki ke Bazar Ramadan. Harga bukan main melambung tinggi.Bayangkan:

Ayam panggang kunyit paha : RM 6
Ikan keli belado: RM 4.50
Sotong jarum seketul (potong 4) : RM 3

Mahalkan? Tapi saya tak salahkan peniaga,sebab masa ni la diorang nak paw pembeli kaw-kaw.Padan muka kaw, sapa soh malas masak!Lantas saya membeli ayam celup tepung ala KFC dengan harga RM1.50 seketul.Balik rumah,saya buat resepi ni:

AYAM CELUP TEPUNG MASAM MANIS

Sos:

4 ulas Bawang Merah dihiris nipis
3 ulas Bawang Putih  dihiris nipis
1/2 biji Bawang Holland dipotong dadu
Cili padi dihiris nipis
1 inci Halia
Cuka makan (secukup rasa masam)
Sos cili
1 biji Tomato dipotong dadu
1/2 biji Capsicum dipotong dadu
Pati ayam
Sos tiram
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1.Panaskan minyak.Tumis semua bawang tadi sampai garing.
2.Masukkan halia,cili padi dan tomato.Biarkan seketika, baru masukkan air
3.Masukkan sos cili,cuka,sos tiram,pati ayam.Reneh selama 10 minit.
4.Akhir sekali masukkan capsicum,lada sulah,garam dan gula.
5.Curahkn atas ayam goreng celup tepung tadi.Boleh makan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails