Klik kalau nak tahu selanjutnya

Petua kecantikan: Cara nak tahu anda cantik atau tidak

Cantikkah anda? Pernah tak tanya diri sendiri korang cantik ke tak?Kalau korang rasa korang cantik, bagus,itu kompiden namanya! Kalau cakap tak cantik, ada masaalah disitu yang korang harus tangani segera sebelum merebak lagi parah.Jom cermin diri masing-masing.Petua kecantikan ni ialah macam mana korang nak tahu korang cantik ke tak,gayanya sesuai atau tidak,pemakaian dll.


Mudah saje sayang oii.. tanyalah kepada lelaki yang paling rapat dengan korang,yang setiap hari tengok korang dengan make up atau tidak.


Lelaki pertama: 

Ehemm,bagi yang dah berkahwin,cuba tanya suami korang.'Abang,ayang cantik tak?'
Jangan tanya masa lepas bangun tidur dengan air liur basi melekat dipipi dan rambut serabai! Sebab si suami akan kata dalam hati, 'buang tebiat ke bini aku.Kompemlah tak cantik' .Kalau encek suami kata cantik, tipu namanya.hehe.Encek suami ialah orang yang terbaik untuk bagi guide cara korang berpakaian,style tu seswai atau idok.Mintakla dia berterus terang,tapi korang kene ready,jangan sangat kecik hati!

My situation (cerita benar)

"B,saya cantik tak?"
"Cantik,tapi macam minah indon"
"Erkkk,kenapa plakk"
"Sebab sikat rambut leper belah dua kat tengah"
"Erkkk......."

TERUS BERGEGAS KE DEPAN CERMIN!


Lelaki kedua:

Adik lelaki.Kenapa?Sebab beliau seringkali berterus terang atau mengutuk kakaknya kaw-kaw.Tapi,pendapat mereka memang tulus ikhlas.Jangan terkejut kalau diorang dapat bagi pendapat gaya mana yang terbaik untuk korang!

My situation (cerita benar) 

"Adik,okey tak kakak pakai shawl gaya ni"
"Tak.."
"Sebab?"
"Kepala bulat,nampak bulat bulat..."
"Adess..."

SEE! They can be our stylista! Trust them okay.

Resepi Nasi Cendawan

Semalam saya cari resepi nasi yang sedap-sedap sikit.Yela,asyik makan nasi putih je, kekadang bosan jugak.Belek majalah rasa,ada resepi nasi cendawan.Hmm, macam sedap jugak.terus buat untuk buka puasa!
Resepi nasi cendawan ni mudah sangat-sangat.Try la.

Nasi Cendawan
Bahan-bahan:

Beras basmathi (saya guna beras biasa,tapi still sedap)
1/2 tin cendawan butang - di potong kecil
1 cm halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu makan mentega (saya guna Dorina je)
1 sudu besar kicap manis
Lada hitam ditumbuk (saya guna 1 sudu besar sos lada hitam)
Isi ayam (dipotong kecil)
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Panaskan mentega & tumis bawang dan  halia hingga garing.
  2. Masukkan isi ayam.
  3. Masukkan cendawan, sos lada hitam dan kicap manis
  4. Masukkan beras & kacau. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan air secukupnya dan masak macam biasa (saya guna periuk eletrik).
*Saya buat lebih sikit, sebab saya nak goreng untuk sahur.Jadi nasi goreng cendawan.Mudahkan?

Untuk resepi nasi goreng cendawan,just tumbuk lada hitam dan bawang putih (agak-agak la yer,macam buat nasi goreng biasa tu),tumis,letak sosej atau isi ayam,then pecahkan telur.Siap!Resepi mudah untuk wanita yang busy ataupun malas bangun awal untuk masak =p

Resepi sahur mudah

Berapa banyak nak Google dahh.. resepi sahur yang mudah ni memang ramai yang nak cari! Bukan apa, sape la yang rajin sangat nak masak Nasi Beriani Gam dengan Ayam Tandoori tengah-tengah pagi buta ni.Silap-silap sahur pukul 7.Oh no no no...

Saya nak share satu resepi sahur mudah dan cepat yang baru buat pagi tadi.Gambar?Takde kuasa den nak ambek gambar pukul 4.30 tu.Silap-silap cicah kamera dalam gulai ayam.

Resepi telur dadar kacang buncis 

(bukan resepi kacang buncis goreng bertelur yea!)

Bahan-bahan:

2 biji telur
1/2 ulas bawang besar,dipotong dadu
1/4 biji Capsicum
3-4 batang kacang buncis
Mayonis (saya guna salad dressing,janji ada mayonis)
Garam secukup rasa
Lada sulah
*Cili buat sesiapa yang suka pedas ya

Cara-cara:

1.Mix semua bahan dan pukul sehingga berbuih/ sebati
2.Goreng sampai crispy atau garing.Ermmm, enak di makan bersama sardin dan nasi panas.

Mudah kan resepi sahur ni?Dah cuba,leh la tinggal komen kat sini yea!

Resepi Ayam Masam Manis mudah dan cepat

Dear reader,

Semalam saya nak google resepi ayam panggang kunyit dan sawi cina goreng dengan mushroom shitake.Tapi google pada pukul 4 petang,memang jam my resepi.com! Wawahh,semua wanita bersemangat kental untuk masak lauk pauk untuk bukak puasa! Tahniah ye.

Akhirnya, disebabkan ke'jam'an itu, saya dengan sukarela melangkahkan kaki ke Bazar Ramadan. Harga bukan main melambung tinggi.Bayangkan:

Ayam panggang kunyit paha : RM 6
Ikan keli belado: RM 4.50
Sotong jarum seketul (potong 4) : RM 3

Mahalkan? Tapi saya tak salahkan peniaga,sebab masa ni la diorang nak paw pembeli kaw-kaw.Padan muka kaw, sapa soh malas masak!Lantas saya membeli ayam celup tepung ala KFC dengan harga RM1.50 seketul.Balik rumah,saya buat resepi ni:

AYAM CELUP TEPUNG MASAM MANIS

Sos:

4 ulas Bawang Merah dihiris nipis
3 ulas Bawang Putih  dihiris nipis
1/2 biji Bawang Holland dipotong dadu
Cili padi dihiris nipis
1 inci Halia
Cuka makan (secukup rasa masam)
Sos cili
1 biji Tomato dipotong dadu
1/2 biji Capsicum dipotong dadu
Pati ayam
Sos tiram
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1.Panaskan minyak.Tumis semua bawang tadi sampai garing.
2.Masukkan halia,cili padi dan tomato.Biarkan seketika, baru masukkan air
3.Masukkan sos cili,cuka,sos tiram,pati ayam.Reneh selama 10 minit.
4.Akhir sekali masukkan capsicum,lada sulah,garam dan gula.
5.Curahkn atas ayam goreng celup tepung tadi.Boleh makan!

Product Review: Nescafe Milk Coffee Drink

Teruja baca post Hanis Zalikha about Nescafe Milk Coffee Drink (Mode : terpengaruh dengan selebriti blogger cantik,.terus pegi beli ).Patutla model-model iklan ni semuanya cantik-cantik.Mungkinkah mereka akan beli sebab nampak perempuan cantik yang guna produk mereka?





Ekceli, i love coffee so much, dan bukan beli Nescafe sebab blogger cun Hanis Zalikha yang beli.Tehehee..
(Sebenarnya time Hanis Zalikha buat post tentang Dove Dark Chocolate.Esok tiu terus terbeli.Adess..

Bagi saya, dengan seikhlas hati menyatakan Nescafe Milk Coffee Drink ni rasanya light and creamy compare too Nescafe Original yang dalam tin tu.Sesuai untuk sesiapa yang baru belajar nak minum Nescafe =)


Product review: Examo CKM 500


Intro: Erk,saya bukan penjual Examo yea.Sila jangan order dari saya.Saya hanya review produk ni sbb saya pernah menggunakannya sehingga menjadi bijaksana (ayat exaggerate melampau...)

Masa sekolah dulu-dulu, abah selalu memikirkan cara-cara untuk anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Abah je pikir??  =p Dan mata anaknya seringkali tertutup semasa cikgu mengajar di depan kelas sehingga digelar Ratu Tidur Malaya.

Maka dengan itu, abah telah membeli Examo CKM ni untuk saya.Mula-mula makan sebiji, terus diri rasa seperti sudah mencapai darjah IQ tertinggi.Haha.Rasa macam lain je,tapi rasa level of confident tu semakin tinggi.I continue je ambil supplement ni,sebab rasa macam okey je.Result masa tu memang dah bagus.Tapi rasa macam ada perubahan minda la jugak.Ekceli,it works.

'They (penjual atau manufacturer) claimed that ia mampu: 

Mencerdaskan Akal
Menguatkan Ingatan
Menguatkan Daya Berfikir
Menenangkan Fikiran
Menambahkan Konsentrasi
Menimbulkan Minat Belajar

For me,yang paling saya ingat,ia menambahkan konsentrasi saya semasa belajar.Apapun, duhai student yang nak success,try ambil supplement (examo,kismis,air zam zam dll) to help your brain, increase your brain function.They do help.Trust me.

Thank you readers!

Product review: Lip Balm yang saya suka

Saya pernah pakai Lip Balm dari banyak brand.Tapi yang lip balm ini yang paling saya suka!

The best Lip Balm i've ever wear, Lip Ice Sheer Colour Strawberry (kiri).It will change to pink on your lips.Mmuah Lip Ice, thank you for your care...You save me from chapped lips! Sesuai untuk mereka yang sukakan warna bibir natural,sebab warna pink tu tak la over sangat.I loikee...


Yang Lip Ice Sheer Colour with shimmer tu, saya tak suka sangat.Sebab for me, shimmer makes me looks 'plastic' (bahasa apokah ini) rather than glam, since i prefer natural look (mahap English berterabur ,OH My Englisssh!).Tetapi ia tetap terpulang kepada taste masing-masing =)


Teringin nak cuba lip balm Maybelline yang chomeyl sebab combination pastel colour yang menambahkan kechomelan mereka.Adakah patut beli sebab kechomelan warna mereka?

*Beli sebab chomel,itulah perempuan..
This is what guys couldn't understand about ladies





Manfaat mandi bunga dan mandi daun

 Hari ini saya menulis sambil mengadap TV 3, nonton Wanita Hari Ini dengan tajuk yang best untuk perempuan sekalian,iaitu mandi bunga dan mandi daun.Erk,jangan salah faham.Mandi bunga yang diorang maksudkan ni bukan mandi bunga yang syirik atau kepercayaan yang bertentangan dengan islam ye (tkade jampi serapah apa-apa yea, bak kata artis Izreen Azminda) .Yang ini mandi bunga untuk menambah aura,seri wanita tersebut.Bukan sahaja wanita, laki-laki pun boleh =)

 image source : google

Khasiat mandi daun
  • Memulihkan tenaga ibu bersalin yang hilang
  • Membaik pulih rahim dan luka dalaman 
  • Lepas direbus,boleh minum,kerana menyerap dalam salur darah dll
  • Membanyakkan air susu
  • Menghilangkan kurap kayap,kecantikan kulit
Bila nak mandi?
Hari-hari mandi sampai abes pantang 44 hari

Daun apa nak guna?

(Daun segar baru petik,aroma keluar tu terasa kesegarannya)
  • Daun sireh
  • Daun lengkuas
  • Daun pandan wangi
  • kiraan ganjil 3 5 7 ubat
  • Daun jerangau gulai?? (erk, x faham daun apa,bunyinya lebih kurang itu la kott)
  • Daun belimbing buluh
  • Daun jambu batu
  • Daun pedulang?? (ni pun sama.. lebih kurang la bunyinya,kalau salah tolong betulkan ye)
  • Daun Seringan badan jadi ringan
  • Daun serai wangi
Cara buat mandian:
  1. Semua daun digabung dan ikat,lilit dengan daun serai sebab daun serai ni panjang
  2. Rebus 30 minit
  3. Boleh buat mandi auat minum

Mandi bunga
  • Sehari sebelum ijab kabul
  • Untuk kesegaran,buang toksin,bagi tenaga pada bakal pengantin
  • Bagi lelaki,sikit sahaja bilangan bunga
  • Curah air mula dari kaki,telapak kaki,untuk buang toksin dan naik ke atas,kepala last yea.So,keluar toksik dari kaki,tenaga naik ke kepala
  • Mandi di siang hari ye
  • Minum jasmine tea lepas mandi bunga,rendam jasmine sikit dalam tea tu

Hahaaa,itu je yang dapat telinga saya tangkap.Harap itu dah cukup untuk bagi info pasal mandi bunga dan mandi daun yea! Semoga diri lebih berseri lepas ni =)

Resepi Puding Roti Sedap with Chocolate Sauce

Kenapa nama post ni Resepi Puding Roti Sedap? Sebenarnya saya nak tambah title post ni as "Resepi Puding Roti Kalau Buat Memang Menjadi Sedap ".Tapi macam panjang sangat la pulak kan..Terkojut Encik Google nanti,apakejadah kaw meletakkan title post panjang-panjang dengan harapan keyword resepi puding roti akan terletak di page pertama Google? *abaikan...

Resepi Puding Roti: 
(gambar takde,tak sempat ambik lagi dah licin)


Bahan-bahan:

4 biji telur ayam
5 keping roti Gardenia
1 tin susu cair Cap Ideal
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu butter (saya guna Dorina)
Dulang pembakar 25cm x 15cm

Sos Chocolate:

Van Houten Chocolate
Susu pekat manis
Air panas
1 sudu Tepung jagung

Cara-cara:

1.Sapukan butter pada dulang pembakar.Kiri kanan dalam semua sapu yea,jangan malas yea anak-anak..
2.Carik-carikkan roti Gardenia mengikut bentuk kesukaan anda.Kalau terer,buatla bentuk bintang ke..
3.Sapu sedikit butter atas roti Gardenia yang dicarik tadi
4.Dalam bekas lain,masukkan telur,esen vanilla dan gula.Gunakan pemukul telur yang boleh dibeli dikedai RM2 itu,pukul sehingga sebati.
5.Masukkan susu cair (susu je,tin jangan masuk sekali yea anak-anak..) kedalam bancuhan telur tadi.Pukul hingga gebu.
6.Curahkan ke dalam dulang pembakar.Bakarpada suhu 150 darjah celcius,selama 30 minit api atas bawah,tambahan 10 minit lagi guna api bawah sahaja.

Sos Chocolate:

1.Mix Van Houten Choc,air panas dan susu pekat manis bersama.Buat ala-ala air choc.
2.Masukkan dalm frying pan non stick dan masukkan tepung jagung.
3.Kacau hingga sebati sampai sedikit pekat.Siap!

Selamat Mencuba!

jom excercise

Nasi Goreng Paprik Lazat

Sesiapa yang pernah ke Kota Bharu,mungkin pernah mencuba hidangan di Restoran Wau,berhampiran dengan Hotel 5 star tepi Sungai Kelantan (err,lupa apakah nama hotel itu) Short term memory T_T

Restoran tu menggunakan warna putih sebagai tema,nampak so classy.Makanan pun sedap.Menu yang disediakan banyak jugak.Saya and family makan ini :

 3 Layer Tea Ice

 Carrot Susu

 Nasi Goreng Paprik

 Sup Daging

Nasi Goreng Cina


Sedapp! Wallawehh.Korang kena cuba =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails