Klik kalau nak tahu selanjutnya

Hennes and Mauritz Shop



Hennes and Mauritz shop.Kat Malaysia takde lagi cawangannya.Kat Asia ni pun,hanya ada kat Singapore,Japan,South Korea,China dan Hong Kong.Ia adalah Swedish retail clothing company yang berada pada tanggan kedua bawah ZARA (Spain origin) dan atas sikit pada GAP (US punye)

Kalau pergi melencong melancong ke Europe,memang common la kedai ni.Cawangannye banyak.At first,saya tak tahu pun kedai ni global punya,ingatkan kedai tempatan je.Baju-baju yang dijual agak trendy dan berpatutan (dalam Eurpoe Currency la,jangan convert..tehehe....kalau convert,baik guna duit tu buat makan Tako Ball kat Jusco 20 bijik seminggu)

Saya cuma beli lip gloss yang harganya 1 EURO sebab comel,boleh sangkut kat handphone kalau nak.Scarf collection pun cantik.Baju labuh yang bergaya pun berpatutan dengan harga EURO.hehe..

Nanti saya update gambar ye.

Kalau nak jenguk-jenguk,boleh la ke website H & M Singapore atau pergi terus je ke Singapore ^_^

Review: Maskara

Sape penah pakai Estee Lauder Double Wear Zero-Smudge Lengthening Mascara?
Well,i got one.

Memang best sebab zero-smudge,tapi kena la bagi kering dulu lepas apply.Kalau tak,mana-mana maskara pun akan smudge @ comot kalau ter 'tonyoh' lepas apply.. =p Mudah dibersihkan dan mudah sangat di sapu.SUKEEEE~~~~harga tak SUKEEEEEE~~~~

Harga?Owh maaf sudah lupa,sebab beli 1 set dengan lipstick,perfume dan eye shadow.

Sayur warna pelangi!



Merah

Mengandungi Lycopene iaitu anti-oxidant yang melawan pembentukan sel kanser.Lycopene ni tak boleh dihasilkan dalam badan taw!Kena ambil secara luaran iaitu melalui makanan

Jingga

Sumber vitamin C and flavonoid.
Melambatkan proses penuaan dan menganjalkan muka menjadi cun melecun

Kuning

Mengandungi Mangan,sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang
Kandungan Bromelain dalam nenas dikatakan mampu mengurangkan batuk dan kahak

Hijau
Kaya dengan Asid Folik yang membantu pertumbuhan sel atau tisu,jadi sangat sesuai dimbil oleh pregnant mummy
Isothiocyanates membantu mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan

Biru

Mengandungi bakteria baik seperti  b-coli yang boleh membantu mengurangkan simptom jangkitan pada sistem urin (sistem urin tu ape?hmmm,bahasa kasarnya buang air )

Indigo
Tinggi kandungan antioksida yang boleh meneutralkan radikal bebas dalam badan untuk melawan sel kanser.
Membantu sistem pencernaan yang sihat sebab mengandungi serat tak larut

Ungu
Kaya dengan Vitamin A yang mampu mengurangkan rabun malam













Nasi ayam

Semalam saya jalan-jalan kat Melaka.Lapar sangat,singgah la makan kat Food Court Dataran Pahlawan.Saya makan nasi ayam.Sedap jugak!Tapi yang paling unik ialah sambal nasi ayam..




I guess,sambal nasi ayam ni,dia letak kulit limau kasturi.Jarang kan kite dengar sambal nasi ayam letak kulit limau kasturi? =) Biasa letak dalam sambal belacan je..

RESEPI SAMBAL NASI AYAM (ni biasa-biasa punya je..)

bahan-bahan:


4 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit kulit limau kasturi dicincang halus
sedikit minyak bijan
1 sudu air rebusan ayam

Cara:  
1.Blender/tumbuk cili,bawang putih dan halia.Masukkan kulit limau kasturi.
2.Tambah air rebusan ayam,minyak bijan (jangan banyak,nanti muak) jus limau secukupnya.
3.Masukkan gula dan garam secukup rasa

Nasi Goreng Ayam KFC

 Semalam saya pegi KFC.Ada lebihan ayam yang dah tak dapat disumbat dalam perut,sebab order banyak bagai,walaupun hanya untuk 2 perut.

 Jadi pagi ini,acara merekacipta nasi goreng pun bermula.Saya share resepi ni sebab rasanya sedap,dan boleh ditiru dicuba oleh readers sekalian =)


Bahan-bahan:



  • 2 mangkuk nasi putih (dileraikan)
  • Ayam KFC (yang dah tak cukup space nak sumbat dalam perut malam tadi)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • sos tiram
  • kicap manis cap kipas udang
  • Minyak masak
  • Garam
  • Bahan perisa
Bahan tumbuk:

  • Segenggam ikan bilis (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji cili padi (ditumbuk) -->kalau suka pedas,boleh tambah lagi
  • 1/2 bawang besar (ditumbuk)


Cara memasak:
  1. Tumiskan semua bahan tumbuk sehingga garing.Masukkan bawang merah yang dihiris.
  2. Masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga rata.
  3. Apabila nasi sudah garing, ayam KFC yang sudah dicarik-carikkan
  4.  Masukkan daun limau purut,sos tiram dan kicap secukup rasa.Kacau sebati.
  5. Kacaukan. Tambahkan bahan perisa dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Spaghetti Carbonara

Yummy!Sedap sangat taw..

image taken from here


Bahan-bahan:

Penne spaghetti yang belum direbus (agak-agak la ikut brape orang nak makan)
3 batang sosej ayamas, potong serong
3 batang crabstick dipotong
1 hirisan daging burger (lembu atau ayam)
3 camca minyak masak/olive oil
1/2 camca teh herba parsley kering dalam botol
1/3 cawan air
1 tin sos spaghetti (seperti dalam gambar)
1/2 biji bawang besar (Holland), didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 biji Capsicum dipotong dadu
3 sudu serbuk keju parmesan
Sedikit garam

Cara-cara:
  1. Spaghetti direbus bersama garam dan minyak zaitun hingga lembut dan  toskan
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam non-stick pan, tumis bawang putih dan  bawang holland.Setelah naik bau,masukkan daging burger dan sosej.
  3. Setelah masak atau garing,masukkan sos spaghetti, kacau rata dan masukkan air. Kacau.Taburkan parsley.
  4. Tambah crabstick dan capsicum.Masukkan keju parmesan.
  5. Tutup api.Tuang atas spaghetti tadi.
Saya guna sos Prego Carbonara yang dalam bekas kaca,bukan yang ni.Yang ni muak sikit compare tu yang dalam bekas kaca tu.


Ms Comey:Try yea,jangan baca aje..kompem sedap!

Krim malam yang best



1.Murad Essential-C Night Moisture
 2.Olay Night of Olay Firming Cream
3.Clinique Repairwear Intensive Night Cream
4. Olay Regenerist Night Recovery Moisturizing Treatment
5.Mary Kay TimeWise Night Solution
6. Olay Age Defying Intensive Nourishing Night Cream
7. Avon Anew Rejuvenate Night Revitalizing Cream
8. The Body Shop Aloe Soothing Night Cream
9. Lancome Aqua Fusion\

Ada sesape guna krim malam dari kosmetik Malaysia?share la kt sini..

p/s:Nak beli Clinique repairware,tapi mahal sangat..bajet takde =p RM300++ kottt

Tips kecantikan Puteri Sarah



1.Mengunyah tomato dan lobak merah.Sambil tengok tv pun boleh habiskan tomato taw!
-->erm,rasanya,kalau kita-kita kan,mesti kunyah pop corn @ keropok @ kerepek pisang depan tv.Mana tak gemuk,haiihhh...

2.Ambil jamu dalam bentuk kapsul.Setiap hari jamu jenis lain-lain.
-->Wahh,macam jamu ala mustika ratu je!Ape namanya tu,perawatan putri remaja ?terbalik plak eja..



3.Biarkan rambut kering sendiri lepas shampoo.Tak guna iron pun.

Feeling stressed out?Cara menghilangkan tekanan ialah...

 Anda stress??


5 cara popular untuk menghilangkan tekanan

1.Tidur/do nothing/meditate
2.Dengar muzik yang sesuai dengan jiwa anda & sing along
3.Berdoa/Dekatkan diri dengan tuhan
4.Pergi ke Spa/taman/vacation
5.Menangis


3 cara kurang popular untuk menghilangkan tekanan

1.Hug your loved one (applicable to suami isteri,mak ayah and others yg 'halal' dipeluk)
2.Aromateraphy essential oil/extract (gonna update about later!)

3.Yoga/Tai Ci

 Aaaaah,leganya kepala otak...
source:here

Apa nak buat bile stress?

I guess everybody ada cara tersendiri untuk hilangkan stress,rite?Kalau tak hilangkan stress,bahaya taw!Boleh menyebabkan penyakit kegilaan @ psycological problem yg sekarang ni makin menular di kalangan warga Malaysia (ayat skema bajet macam cikgu BM).i'm gonna update cara-cara untuk menghilangkan tekanan @ stress in the next post.Tata! =)            

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails