Klik kalau nak tahu selanjutnya

Nostalgia cantik zaman dulu-dulu...



Saya amat kagum dengan arwah nenek saya yg cukup menjaga kecantikannya walaupun ketika itu arwah nenek berumur hampir 70 tahun!Kalo difikirkan,sape la yang nak tengok dah tue2 cmtu kn?tapi arwah nenek sgt tekun menjaga kecantikan diri dari hujung rambut ke hujung kaki...

Apa yg berada dalam memori sy semasa saya brumur 7 tahun,arwah nenek mempunyai rambut ikal mayang berkilat sampai ke paras punggung,berkulit bersih dan bertubuh kecil molek...setiap kali arwah memasak masakan bersantan,arwah akan menyimpan hampas kelapa untuk dilumurkan ke rambut dan kadang2 menyental badannya dengan hampas tersebut...Arwah juga selalu mengutip buah limau nipis di belakang rumah,dan menggunakannya semasa mandi,samaada merendam dalam baldi bersama air atau menggosokkan kulit limau nipis pada kuku tangan dan kaki...Sekiranya buah limau nipis takde kat pohon,arwah akan menggunakan ubat gigi untuk digosok pada kuku tangan dan kaki menggunakan berus gigi lamanya....Kadang-kadang,arwah akan menggunakan kulit pisang yg mana isinya dibuat cekodok sebagai sarapan pagi untuk ditempekkan pada betis dan kaki...

Tak ketinggalan juga penjagaan menggunakan produk moden..saya selalu meneman arwah membeli oil of olay di pekan,mungkin pada masa itu,oil of olay la jenama yg paling establish kat pasaran...

Selepas mandi,arwah nenek akan menyisir rambut dan menyapu minyak zaitun (bagi saya,busukknye minyak tu!)..tapi minyak tu la yg menyebabkan rambut arwah nenek hitam,lebat dan berkilat!...toner dan mosturizer juga arwah lumurkan pada mukanya yang putih bersih...

Arwah seorang yang sangat penyayang,selalu tersenyum dan lemah-lembut..susah untuk mendengar arwah meninggikan suara atau marah2..Suara arwah cukup merdu mengalunkan bacaan Al-Quran dan berzanji...

Arwah nenek juga gemar bercucuk tanam di sekeliling rumah,jadi tidak hairanlah,badan arwah menten slim!cuma mungkin disebabkan kurang berpelajaran dan kurang kesedaran tentang penjagaan makanan,arwah meninggal sebab sakit jantung...

Bile teringat arwah nenek menjaga kecantikan,sy berasa kagum,alangkah gigihnya arwah nenek menjaga diri dengan petua2 dulu...yang bila difikirkan,jauh lagi susah untuk memperoleh bahan tersebut (malas sebenarnye,xla susah pn..hehe) dari membeli barang di Guardian dan Watson!

p/S:Jangan hanya mementingkan kecantikan,kesihatan diri juga perlu di jaga!

Apa itu beauty serum?



Apa itu serum?

Sebenarnya beauty serum ni dah lama digunakan dalam industri kosmetik,especialy kat salon kecantikan or spa untuk facial treatment....Serum adalah cecair yang digunakan untuk merawat ketaksempurnaan pada kulit seperti kulit kering dan garis penuaan...Ia mengandungi highly concentrated ingredients dimana molekulnya jauh lebih kecik dari mosturizer biasa...Oleh itu,serum lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit dan menghasilkan kesan yang lebih baik..Korang anggap je serum ni macam multi vitamin yg leh sapu kat kulit...

Faedah serum
Ia bergantung kepada kandugan bahan yg terdapat dalam serum..tapi,secara umumnya:

~menghilangkan garis-garis halus dan kedut penuaan
~mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit
~kulit tampk lebih sihat dan berseri
~firming and lifting of skin
~merangsang penghasilan kolagen
~mengurangkan lingkaran gelap dan sembap pada bawah mata

Camne nak pakai serum?
Apply a drop of serum kat hujung jari dan massage dengan lembut kat kulit yang dah bersih setiap pagi dan malam, then follow dgn moisturizer yg biasa korang pakai.

more info here

p/s:actually,saya bukan jual serum..ni just info pasal serum je...^_^

Bibir hitam....tolong!!!

Kenapa bibir jadi hitam?
~lipstick allergies,Coffee, tea, smoking, sun exposure, general allergies, lip sucking...


Cara mencegah bibir jadi hitam
~make sure pakai lipstick dari brand yang dah satbil kat pasaran (kalo boleh,yg branded)
~make sure lipstick tak lebih tarikh luput
~bersihkan bibir dengan susu pembersih/make up cleanser
~scrub bibir


Petua memerahkan bibir
~hmm...ader yg kata letak air daun sireh kat bibir,ade yg kata tempek halia kat bibir,ade yang sapu majerin kat bibir sebelum tido...tapi saya setuju ngan letak madu kat bibir before tido...bibir jadi merah dan lembap..semut xde la plak hurung masa tidor...hehe..

more tips about lips here..

Petua kuruskan badan



1. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambek bende pahit before makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum air 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Mesti amek breakfast!
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan slow-slow
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan sampai jadi cebisan kecik
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING 

Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
-Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
-Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Copy asal from here & here...

Kenapa WANITA itu istimewa?



Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Wanita memang istimewa!!!Boleh pikir banyak mende dalam satu masa,boleh buat banyak keje dalam satu masa,boleh beri kasih sayang pada ramai orang dalam satu masa (family laa...) etc...rase2 orang laki leh wat ker cam pompuan ni? boleh,tapi x boleh selama pompuan...kalo laki,sah,5 minit dah surrender... =p

Kesimpulan...Wanita memang istimewa!

Resepi diet: sup pekat fucuk


Bahan-bahan:

4 keping kulit fucuk
80gm kacang peas
3 biji cendawan segar-dipotong
2 batang sosej
1 sudu teh halia cincang

Bahan perasa:

1/2 sudu teh garam
3/4 sudu teh gula
375 ml air-if nak kuah banyak,masukkan lebey air laa...
lada sulah secukup rasa
1/2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung

cara-cara:

1.Potong kulit tauhu.Kemudian rendam dan toskan
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis halia hingga wangi
3.Masukkan sosej,cendawan,bahan perasa dan kulit fucuk
4.Masukkan air dan biar mendidih
5.Akhir sekali masukkan kacang pis dan masak hingga pekat

Ni masakan ala cina tau..so,sape2 yg tekak melayu,maybe xleh masuk kot...hehe.tapi menu ni seswai untuk jaga kesihatan or diet.

other recipe yg berkaitan ngan fucuk:

Batik kelantan!Murah2!

Ini belog shop saya =) http://www.batikville.com/
Kami memperkenalkan konsep Shop and Save dimana anda boleh mendapatkan sutera batik pada harga dalam range bajet tetapi mengikut citarasa sendiri.Menarik dan mudah kan?

Sila emailkan saya detail seperti berikut:

Jenis kain: Crepe @ Jacquard
Jenis design: Batik digital/Batik kotemporary/dll
Warna yang dikehendaki: Apa-apa je kaler yang disukai.
Corak:Abstrak/Bunga (jenis bunga boleh request untuk batik digital)
Range harga/Bajet: (Harga sutera batik sekarang ni dalam RM200 ke atas yer!)

Sebagai contoh:

Jenis kain:crepe
Jenis design: Batik digital
Warna:Pink + Peach
Corak:Bunga Orkid,berdiri
Range harga:RM250-RM350

dan emailkan kepada fatihakim.ent@gmail.com .Urusan pembayaran akan saya emailkan.


Kelebihan beli dengan saya:

1.Dapat ikut taste @ colour yang anda nak
2.Dapat beli dalam lingkungan bajet yang ada
3.Boleh tukar kalau tak berkenan,tapi kos pengeposan ditanggung sepenuhnya oleh anda


Nak tanya apa-apa pun boleh..Email aje saya..jangan segan-segan =)

Nadiku by Sabhi Saddi



Lirik lagu Nadiku (by Sabhi Saddi)

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita
Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Chorus

Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku
Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata
Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

Ulang Chorus 2X

p/s:entry kali ni xder langsung kene mengena ngan entry seblom ni..anyway,jom enjoy lagu ni saat2 jiwa kacau..hehe!

Mengecilkan paha?



Korang dh try diet,tapi area paha dan punggung still tak kecik2 jugak?Dah x taw nak diet camane lagi?Try this:

1.Stopkn/kurangkan pengambilan ape2 je minuman 3 in 1 and air kotak...sy pn xtawu ape kaitan dengan mengecilkan paha,tapi,memang berkesan..sbb kawan saya pun dapat kecilkan paha masa diet dgn cara ni...tapi make sure makan kene jaga,diet pn diet jugak...

2.Time dok sesaje mase tgk tv or dok atas kusi or mase nk tdo,gerak2 kn kaki...jgn dok sesaje je...gerak2 kan kaki sket..kawan sy kata,leh tingkatkan metabolisme dgn cara ni..xtawu ape kaitan,tapi berkesan..

3.Minum banyak air putih

4.Selalu urut paha dengan mineral salt masa mandi

Diet yg betol jgn lupe...atas ni ape yang korang leh cuba sepanjang diet and routine exercise...berkesan...

Yogurt untuk turunkan berat badan?



Ye ke fat free yogurt ni salah satu makanan yg leh tolong kurangkan berat badan?YES,it's true....Fat free yogurt leh membantu membakar kalori,mempercepatkan pengurangan berat badan dan trim your tummy...kalo x cayer, kajian pasal ni yg penah kuar dalam International Journal of Obesity..

"Researchers found that obese adults who ate three servings of fat-free yogurt a day as part of a reduced-calorie diet lost 22% more weight and 61% more body fat than those who simply cut calories and didn't bone up on calcium. Yogurt eaters also lost 81% more fat in the stomach area than non-yogurt eaters.Participants on the yogurt diet also lost 81% more fat in the stomach area, which is the most dangerous type of fat. Excess fat in the midsection has been linked to an increased risk of heart disease, diabetes, stroke, and some forms of cancer. "
(sumber: klik sini)

Yogurt yg sesuai utk diet ialah:
-fat free/low fat
-penuh dgn probiotik (klik sini for more information ttg probiotik)
-sugar free/less sugar

Ada jugak yg mengamalkan yogurt diet,seperti Ana Luque.Die jugak ade tulis buku pasal yogurt diet ni..contoh menu yogurt diet (tapi ni menu omputeh la,so kalo nk kene ngan tekak melayu,cari menu seswai sebagai ganti):
Breakfast
Mango Ginger Yogurt Smoothie
Natural organic oatmeal

Lunch
Caesar salad
White Bean Stew and Scallops

Dessert
Cucumber kiwi lime smoothie

Dinner
Butternut Squash Soup
Crab Salad

Yogurt yg rasa best bagi saya,Dutch Lady...sbb rasa lebeh kepada susu,tak cepat muak n banyak buah-buahan...Saper2 yang tak suke produk tenusu,op coz xleh nak telan mane2 brand yogurt pon..anyway,GOOD LUCK with ur diet!

Ayuh rawat muka kamu untuk kulit bermasalah!



Dah tentu kamu2 yang mempunyai kulit muka bermasalah seperti jerawat,klit muka tak sekata,kulit sensitif,kulit terlalu kering,T zone berminyak etc dah try bermacam2 produk dan cara supaya kulit muka kembali okay cam  masa zaman2 kulit baby dulu...

Korang jugak mesti dah penah try buat facial kat mane2 tempat yang ade facial treatment dan kosnye kdg2 tak berbaloi dgn hasil after treatment.Bagi sape2 yg berminat nak try skin treatment yg bagus,menjamin kepuasan dan hasil yang berbaloi dgn duit yg di belanja,sy cadangkan korang pi Mayfair & buat skin/facial treatment kt sane.

Mmg la harga agak mahal compare tu tempat len...tp ni just suggestion utk org yg dh putus asa tak taw nk buat ape lagi dgn kulit diorg after try mcm2 cara dan $$$$ mencukupi...Ade mcm2 pakej yg di tawarkan..satu kali treatment yg makan masa 2 jam,may cost about RM500++....tapi,hasil berbaloi dengan harganya...kene la pi banyak kali (5 kali pn kesan dh amat memuaskan) untuk lihat kesannye,bukan pi skali dh okay...Klik kt sini utk view testimonial and services (dalam impian anggun kt TV3 pn ada)...sy dh try,memang berbaloi-baloiii....

compact powder yg ideal untuk kulit berminyak or kombinasi

Masih tercarik2 compact powder yg sesuai untuk kulit korang yg berminyak/kombinasi?try this! Clinelle oil free smoothing compact SPF 18

  • lightweight
  • microfine finish to bring out skin's natural vitality
  • not clog pores
  • oil absorbing properties
  • UV protection
  • antioxidant properties
  • absorbs excess surface sebum,leaving a flawless matte finish
  • non comedogenic
Korang leh dptkannye ni mane2 watson n guardian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails