Klik kalau nak tahu selanjutnya

Cara mencuci muka dengan betul

Hi guys....sy nk share video tentang cara cuci muka dengan betul.Selalunya kita main blasah jer,atas bawah,kiri kanan mase cuci muka...video ni ader tunjuk cara2 menanggalkan mekap,cuci muka,pakai toner,scrub/mask dan pemakaian pelembap..ye la,kalo asek blasah n tonyoh muka tiap-tiap hari tak ikot cara yg betul,lame2 kulit pun cepat berkedot,menggelupas dll....let's watch it!


ROTI CHEESE TELUR@meal ala lapar tapi malas masak



Ni adelah resepi rekaan aku (kot la,rase-rasenye tader lagi kot aku jumpe resepi cenggini..).Resepi ala lapar,tapi malas nak masak tapi jimat..Jeng-jeng-jeng....(Tapi tader gambar,sbb aku takde camera canggih cam mat gebu or hana,sbb blog derang gambor lawa2 seh..)

Bahan-bahan:

Roti gardenia petak/roti canai segera
Telur
Cheese slice
Susu segar
Mentega (Dorina/mother's choice/ape2 brand je.tp aku suke dorina)

Cara-cara:

1.Campurkan telur dengan susu segar.Sapu pada roti.
2.Carik-carikkan cheese,dan taburkan pada roti (kalo x suke cheese banyak,letak sikit jer taw..).
3.Panaskan mentega dalam frying pan.Letakkan roti atas frying pan,after garing,angkat...
4.Siap!! *Korang bleh makan dengan tuna dalam tin or susu pekat manis or gula...

Jenis-jenis Sindrom Pra-Haid ataupun PMS.


 Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

PMS Jenis A
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.

PMS Jenis C

Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

PMS Jenis D

Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

PMS Jenis H

Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium

Resepi Yong Tau Foo



Hari tu makan yong tau foo,saje2 buat makan2 kat tempat keje..ade la akak ni mintak resepi sos yong tau foo..so, cilok la kt teratak chetam ni & bagi kt akak tu,banyak koleksi resepi die,leh try mana satu nak,baru puas ati... =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails